Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Mulai 6 September

Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Mulai 6 September

Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Mulai 6 September | Berita gembira bagi mereka yang layak terima Bantuan Khas Covid-19. Perdana Menteri Baharu kita telah mengumunkan bayaran pertama BKC pada bermulula 6 September pada hari Isnin ini.

Menurut beliau bantuan ini dikreditkan bermula seawal 6 September berakhir pada 10 September ini.

PM ambil maklum tentang isu kelewatan pembayaran fasa pertama BKC dan mengarahkan Kementerian Kewangan segera membuat pembayaran secepat mungkin yang babitkan dana sebanyak RM3.1 Bilion.

Katanya lagi, BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, golongan B40 dan M40 serta bujang yang berkelayakan.

BKC adalah satu inisiatif yang ada dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain itu juga ia sebagai bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Bagi pembayaran fasa seterusnya akan mengikut jadual yang telah ditetapkan. InsyaAllah.

Artikel Berkaitan: Adakah Covid 19 Ini Benar Wujub dan Mengacam Nyawa Manusia?

Tahukah Anda Apa Itu Bantuan Khas COVID-19?

BKC atau nama panjangnya Bantuan Khas Covid-19 ialah satu bantuan tunai langsung disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Golongan Yang Layak Terima BKC

  1. Miskin Tegar
  2. B40
  3. M40
  • Golongan miskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah/ warga emas RM5,000 dan ke bawah, manakala bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah.
  • Kriteria bagi kelayakan golongan M40 pula yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM5,001 hingga RM9,000 untuk isi rumah dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk bujang.
  • Bagi kategori miskin tegar pula, isi rumah akan menerima RM1,300 yang dibayar menerusi tiga fasa; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500) masing-masing dibayar mengikut dua fasa.
  • Bagi kategori B40 untuk isi rumah akan menerima RM800 (dibayar dua fasa), warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200), manakala kategori M40, isi rumah layak menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100)

Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Mulai 6 September

Cara pembayaran akan mengikut akaun masing-masing seperti dibawah:

  • Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
    permohonan BPR 2021
  • B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
    permohonan BPR 2021
  • M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam
    rekod percukaian

Download Kenyataan Media di bawah ini.

KENYATAAN-MEDIA-YAB-PERDANA-MENTERI-PEMBAYARAN-BKC-FASA-1

Pertanyaan

Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, Malaysia
Tel : 603-8888 8000 | Faks : 603-8888 3444

Sumber:

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/09/749654/fasa-1-bantuan-khas-covid-19-masuk-isnin-ini

Leave a Reply