Cara Daftar Nikah Negeri Pahang Online

Cara Daftar Nikah Negeri Pahang Online

Cara Daftar Nikah Negeri Pahang Online | Berbicara tentang kahwin ni mesti dan pasti semua mahu kahwin. Rugi tidak kahwin, semua ada kemahuan untuk berkahwin. Tidak akan terhenti hanya bercinta ketika bujang sahaja.

Cara daftar nikah, budaya, majlis dan perkara yang berkaitan berlainan mengikut negeri, ada yang sama ada yang berbeza terutama dari segi budaya dan adat, yang penting ikut syariat Agama Islam.

Artikal berkaitan: Mas Kahwin atau Mahar Mengikut Negeri-negeri Malaysia 2021

Cara Daftar Nikah Negeri Pahang Secara Online

Cara mohon pendaftaran nikah di Negeri Pahang seperti di bawah ini.

Permohonan Nikah Negeri Pahang 2021 boleh dibuat menerusi Portal Rasmi e-Munakahat Pahang secara online.

Borang Permohonan Nikah Pahang Online

Untuk makluman, borang Permohonan Nikah Pahang Online (Lelaki & Perempuan) termasuk juga syarat kelayakan permohonan, prosedur, kursus kahwin dan semakan status:

Sila isi “Borang Pendaftaran Khusus” secara online klik pautan di https://emunakahat.pahang.gov.my/.

Prosedur PERKAHWINAN PAHANG (Lelaki)

  1. Sila isi borang nikah dan print borang setelah mendapat kelulusan berkahwin.
  2. Kemudian, sila serahkan borang diprint dan disahkan kepada pihak perempuan.

Prosedur PERKAHWINAN PAHANG (PEREMPUAN)

  1. Anda perlu isi borang nikah setelah mendapat borang daripada pihak lelaki.
  2. Setersunya, bakal pengantin perempuan perlu membuat pengesahan daripada Ketua Kampung untuk Borang Kebenaran Kahwin & dokumen yang diperlukan.
  3. Anda perlu pergi ke rumah Tok Imam atau Jurunikah untuk mendapatkan tandatangan serta cop untuk pengesahan.
  4. Sila semak dan hantar borang yang lengkap diisi dan disahkan beserta dokumen lain ke Pejabat Agama.
  5. Kemudian, Pejabat Agama mengeluarkan surat Akuan Kebenaran Berkahwin, kebiasaannya proses untuk dapatkan surat akan mengambil masa sekitar 3 hari bekerja dan apabila sudah terima sila pergi berjumpa Tok Imam atau JuruNikah dan tetapkan tarikh nikah serta tempat nikah.



MATLAMAT PERKAHWINAN

Ada tiga dasar utama iaitu:

  • Mewujudkan ketenangan (sakinah)
  • Mewujudkan kasih sayang (mawaddah)
  • Mewujudkan belas ihsan (rahmah)

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pada Suami

  • Menunaikan Hak Allah SWT
  • Memberi Nafkah
  • Membimbing Isteri Melakukan Perkara Makruf Dan Meninggalkan Perkara Mungkar
  • Berlaku Adil Sekiranya Berpoligami
  • Melayani Isteri Dengan Makruf (baik)
  • Memberi Perlindungan/Keselamatan

Pada Isteri

  • Menunaikan Hak Allah SWT
  • Mentaati Suami Dalam Perkara Yang Tidak Bertentangan Dengan Syarak
  • Melayan Suami Dengan Makruf (Baik)
  • Menghias Diri Untuk Suami
  • Memelihara Kehormatan
  • Diri Dan Harta Suami
  • Mengasuh anak
  • Tanggungjawab Bersama

Rujukan

Alamat :-

Unit Undang-Undang Keluarga Islam
Jabatan Agama Islam Pahang
Jalan Masjid,
26600, Pekan, Pahang.

Tel :- +6 09-4271198

Faks :- 6 09-4229764

 

 

12 Comments

  1. Jgn jd pemalas

    penerangan yg encik bg ni kurang tepat, kurang jelas dan terlalu copy paste.
    Prosedur atau proses nak kahwin dlm negeri pahang x la semudah mcm encik nyatakan tu;
    1. Pihak lelaki mesti buat permohonan online “kebenaran berkahwin” dlm sistem e-munakahat phg dulu. Pas submit, print semua form dan lengkapkan semua:
    -senarai semak, slip permohonan online,
    -borang 2(permohonan berkahwin)
    -borang 1(akuan permastautin)
    -borang HIV test
    Dah lengkap semua tu, kena hantar ke PAID utk diproses. Bila dh diluluskan, baru la bg kpd pihak perempuan.

    2. Pihak perempuan Lepas dpt borang kelulusan kebenaran berkahwin drpd pihak lelaki, buat juga proses permohonan online kebenaran berkahwin dlm e-munakahat phg. Print dan lengkapkan semua borang;
    -senarai semak, slip permohonan online,
    -borang 2(permohonan berkahwin)
    -borang 1(akuan permastautin)
    -borang HIV test
    -borang 4(persetujuan wali)
    Sama juga, pas complete serah pd PAID utk diproses. Bila dh lulus, baru la jumpa tok kadi utk tarikh dan tempat nikah.

    Tu belum sentuh pasangan lain daerah, lain negeri dan bukan permastautin…

    • okay, terima kasih bagi pencerahan, nanti sy edit dan masukkan point y tuan bagi.. mohon maaf atas kekurangan ilmu..

  2. Axura

    Maaf sya nak tanya..
    Pasangan saya dah dapat kebenaran, saya dah submit borang.. Surat kebenaran kahwin dari pej agama saya dah dapat, surat tu hanya 2 keping sahaja ke ? Pihak perempuan sahaja yg terima ?

    • maaf sy tidak berapa faham soalannya, cuba rujuk pejabat agama pahang untuk kepastian, tidaklah berlaku dua tiga kali kerja nanti… Selamat pengantin baru ya..

    • NORHAZALINA BINTI ABDOL

      Borang tersebut mmg 2 helai sahaja. Nanti borang kebenaran tersebut bawa ke tok kadi di kawasan yg nak nikahkan tu. Bagi tahu details dekat dia nikah dimana dan jam berapa.

  3. Khalilah Razak

    Sy tersalah letak email emunakahat belah lelaki..mcm mne nak tahu password..boleh ke pejabat agama reset balik email tu..

    • masa nak login ada perkataan ” Lupa Kata Laluan? ” klik situ.. nanti ikut step by step.. kalau x dpt juga boleh hubungi pihak emunakahat.. terima kasih

  4. Faziezul Kamal Bin Azizi

    Kalau saya dari melaka, pasangan saya dari pahang, siapa yang kena buat dulu ya? Saya perlu mohon borang nikah di sppim atau mohon borang di emunakahat pahang?

    • Selesaikan pihak lelaki dulu nanti nanti salinan bg dekat belah bakal isteri untuk buat permohonan dan proses seterusnya.. selalunya proses lebih kurg begitu, nak lebih tepat rujuk jabatan agama negeri masing2..

  5. zainon

    tak faham mcm mana nak apply borang permohonan kahwin ni.tolong terangkan.dah isi profil tp dekat mana form permohonan kajwin tu?

Leave a Reply