Suami Cari Alasan Untuk Kahwin Dua

Suami Cari Alasan Untuk Kahwin Dua

Suami Cari Alasan Untuk Kahwin Dua . “Sayang Izink̷an Abang Berk̷ahwin Dengan Ex GF Abang Tap̷i Janganlah Berz̷in̷a Sama Sekali”

Membaca kisah-kisah yang ada di dalam ini membuatkan saya pun turut ingin berkongsi cerita. Saya merupakan seorang yang lelaki yang ekstrovert-suka bersosial, berkerjaya, berpelajaran tinggi-lulusan oversea, telah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Baby kedua baru sahaja lahir baru-baru ini. Isteri juga sama, mempunyai master dalam bidangnya dan kerjaya yang stabil.

Sebelum berkahwin, saya telah bercinta dengan seorang gadis hampir lima tahun lamanya. Namun jodoh kami tiada, satu hari kami bergduh besar dan kemudian masing-masing membawa haluan sendiri.

Saya mengenali isteri tidak lama, lebih kurang tiga bulan, kemudian kami bertunang dan tiga bulan kemudian kami berkahwin. Saya seorang yang simple. Saya mengenali isteri dari seorang rakan. Setelah membuat penilaian secara keseluruhan, saya melamar dan dia terima.

Mungkin kerana kecewa dengan hubungan yang lalu, saya tidak mahu lagi untuk spend masa, wang ringgit dan tenaga kepada perhubungan yang lama dan tidak pasti. Reason saya pilih isteri sebagai teman hidup kerana personalitinya yang rileks dan cara hidup keluarganya yang sederhana.

Kedua mertua saya sangat baik dan alim orangnya, berbeza dengan latar keluarga saya yang agak biasa dalam hal-hal agama.

Setelah berkahwin, saya tahu bekas kek4sih saya sangat kecewa dengan saya- walaupun pada ketika itu kami sudah lama tidak berhubung. Tidak lama selepas itu, apa yang saya dengar dia telah berkahwin dengan pilihan hatinya dan beberapa bulan selepas itu dia bercrai.

Suami Cari Alasan Untuk Kahwin Dua

Saya berasa sangat sedih dengan berita ini. Walaupun kami sudah tidak lagi bersama, tetapi dalam hati saya masih menyayangi dan mahukan yang terbaik untuknya. Ketika itu, mulalah datang saat keliru dalam hidup saya, segala kenangan dan memori dengan kekaasih lama mula menjelma.

Saya mula menghubungi kekaasih lama dan bercadang ingin mengambil si dia sebagai isteri kedua. Pada tempoh perhubungan itu, hati mula mencari keburukan isteri bagi mewajarkan tindakan saya untuk beristeri dua.

Perkara yang selama ini cantik, mula bertukar menjadi buruk. Segala yang ada pada bekas kek4sih mula dibandingkan dengan apa yang ada pada si isteri, dan pada ketika itu hampir semua menang pada bekas kek4sih.

Dipendekkan cerita, seperti biasa mana ada orang perempuan yang sanggup dimadukan kalau diberi pilihan. Isteri saya memang tahu yang si dia adalah bekas kek4sih saya kerana saya berterus terang dengannya sebelum kami berkahwin.

Di suatu malam ketika kami bertegang leher, dengan linangan air mata isteri berkata kepada saya “saya izinkan abang berkahwin dgn ex abang tetapi janganlah berziina sama sekali, saya tak nak abang melakukan dosa besar”.

Kata-kata itu dalam diam umpama halilintar yang memanah hati saya. Ketika dalam proses konflik tersebut (selama beberapa minggu), saya nampak isteri kuat bersolat sunat dan setiap kali selepas solat matanya akan merah kesan daripada menangis. Isteri saya ni memang jenis yang tak banyak bercakap, tetapi lebih kepada tindakan.

Selepas krisis pada malam itu, hati saya rasa sedikit kelainan. Saya mula sedar yang isteri saya ini bernikah dengan saya kerana Allah. Dia lebih risau saya terjerumus melakukan dosa besar daripada kecewanya dia kerana saya ingin beristeri dua.

Dalam diam saya memerhatikan gerak gerinya (yang selama ini mungkin tak berapa nak pandang sangat), dan ketika itulah saya sedar yang isteri saya ini seorang wanita yang sangat-sangat baik. Asbab isteri ni kuat mengadu pada Tuhan, Allah bukakan hati saya untuk menilai dengan lebih waras.

Saya mula sedar yang wanita yang menjadi isteri saya ni mempunyai begitu banyak kelebihan yang Allah kurniakan berbanding bekas kek4sih. Bermacam-macam gambaran kebaikannya muncul di fikiran.

Dialah wanita yang sanggup mempertaruhkan nyawanya ketika ingin melahirkan puteri hati saya, dialah wanita yang setiap hari menyediakan juadah untuk saya walaupun sibuk, mengajar anak saya membaca Al-Quran, berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya, dan saya masih lagi ingin mencari wanita lain?

Dalam diam Allah membuka hijab dan lama kelamaan saya semakin sedar yang keputusan saya berkahwin dengan isteri adalah pilihan yang sangat tepat. Allah mula tunjukkan satu persatu yang bekas kek4sih bukanlah orang yang layak untuk saya sunting sebagai isteri.

Mungkin ada kalangan pembaca yang bertanya, kenapa Allah kurniakan saya wanita sebaik isteri sebagai teman hidup saya? Saya juga terfikir hal yang sama, mengapa saya dapat isteri yang sebaik ini.

Lama-kelamaan saya menyedari, mungkin ini ganjaran Allah terhadap sedikit amalan saya. Sekiranya ada kelapangan masa dan rezki, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu orang-orang yang kurang berupaya dan tidak bernasib baik. Mungkin kerana itulah Allah anugerahkan pinjaman terindah buat saya di dunia ini.

Kini hampir dua tahun hal ini telah berlalu dan kasih sayang kepada isteri semakin hari semakin meningkat. Setiap pagi, saya akan memilih untuk menyarungkan kaca mata cinta tatkala memandang wajah isteri.

Setelah melakukan bdah siasat terperinci terhadap pengalaman hidup saya ini, saya menemui ada tiga perkara yang boleh dijadikan panduan untuk diri saya sendiri dan juga para pembaca

1) Sebagai orang Islam mengucap adalah perkara paling asas. Makna mengucap adalah “TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”. Maknanya Allah ini tuhan dan dia yang buat dan pegang segala sesuatu termasuk hati para suami dan isteri. Jadi sekiranya ada masalah, perkara pertama kena buat adalah pergi kepada pencipta.

Adu pada dia. Ini yang dibuat isteri saya, dia merintih kepada penciptaNya dan Allah yang pegang hati saya bukan ex-girlfriend saya. Saya tahu dia berdoa sampai menangis kepada Allah, dan Allah telah perkenankan doanya.

2) Kepada lelaki, kalau nak poligami dan sampai terpaksa burukkan isteri, itu maknanya kita yang ada something wrong bukan isteri. Sebab tugas utama suami adalah BIMBING isteri. Suami yang kena jadi coach kepada rumah tangga.

ILMU rumah tangga sangat penting. Cari ILMU untuk jadi pengemudi yang baik. Kepada wanita, lelaki yang burukkan isteri bukanlah calon suami yang baik kepada anda.

3) Kepada isteri, kalau marah sebab suami nak kahwin lain tak perlu maki hamun suami. Kebanyakan lelaki sukakan cabaran dan pantang dicabar. Sebaliknya upgrade diri, ubah diri dan sayang diri. Dengan ubah diri kita, barulah boleh harap orang lain untuk berubah. Isteri saya ubah diri dia dengan perbanyakkan amalan.

Ketika konflik dia banyak solat dan puasa sunat. Segala perbuatannya membuatkan saya bermuhasabah kembali. Orang lelaki ni boleh jadi risau juga bila tiba-tiba tengok isterinya selalu di atas tikar sembahyang.

Fahamkan tiga perkara ni, insyaAllah bukan sahaja rumah tangga akan tenang malah kehidupan juga akan lebih bahagia. Sekian, wassalam. Danial

Apa reaksi warganet, ramai yg bg nasihat dan kongsi pengalaman

Anis, ni lelaki yg educated menulis. yg punya ilmu dan amal. yg byk berantakan tu mostly x brp nak educated dan ilmu agama yg cetek. sy selalu doa anak2 ditemukan jodoh pas4ngan yg soleh dan solehah. bila soleh/ solehah insyaallah tindakannya juga lbh menjurus kpd kebaikan hidup di dunia dan akhirat.

Lelaki ni bila dah kawin buat la cara dah kawin, kenapa perlu nak ambil tahu hal ex..kan beri ruang pada setan utk cucuk j4rum. isteri pun gitu juga. dah kawin mula la chapter baru utk pengakhiran menujuk ke jannah.

Aina, strategi yg bagus buat isteri anda.. cari Allah dulu.. sbb Allah yg pegang hati makhluk… tak faham jugakan.. kalau da nama ex tu x pyh la contact balik.. hanya membuka ruang2.. sy4itan utk mencucuk… namun alhamdulillah Allah beri anda hidayah memilih isteri kerana agama.. syukurlah anda sedar sebelum terlambat.

Sofea, Pemikiran dari seorang yg berilmu, ada iman dan BERAKAL. Kadang2 yg berilmu belum tentunya berakal lebih2 lagi bila melibatkan nafsu, hati dan perasaan selain pas4ngan halalnya. Alhamdulillah, tenang hati baca kisah confessor ni.. Semoga ramai para suami yg berakal begini.. Semoga rumahtangga kalian bahagia, kekal ke jannah.

Syazira, Bila hubungan tu berlandaskan kerana Allah..apapun jua masaalah mengadu pada Allah..Allah akan bukakan jalan nya..syabas utk conferser yg menemui jln pulang..bertuah badan dpt wife yg sentiasa mendoakan suami..bukan maki hamun bila suami nak kawin lagi.

Rina, Tahniah.akhirnya awk melihat kebaikan isteri awk.allah membuka pandangan mata awk utk menilai isteri awk dgn lebih baik..awk berjaya mengatasi ujian ini bersama isteri awk.
Namun xsemua bernasib baik seprti kisah awk. Jagalah isteri awk baik2.

Miera, Sebuah penulisan yg ikhlas dari hati nurani. Terima kasih sebab berkongsi kisah yg positif ni. Di kala skrin telefon penuh dengan cerita kebencian, terpapar cerita begini betul-betul ubah suasana.

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Leave a Reply