DiJemput Illahi Selepas Mengajar Al Quran

DiJemput Illahi Selepas Mengajar Al Quran

#Trowback  – Al- Fatihah kepada arwah terutama kepada Nabi kita Rasulullah s.a.w, para sahabat, dan seluruh umat islam yang telah pergi dulu dari kita. Kembali Ke Rahmatullah Selepas Mengajar Al Quran Di Masjid,Pemergian Yang Sangat Dicemburui.

Hidup dan mati seseorang adalah rahsia daripada Maha Pencinta. Yang hidup pasti akan mati. Tiada yang dapat menidakkan cepat atau lambat jika ajal itu telah tiba. Namun, sudah tentu kita semua mengharapkan agar kematian yang dilalui adalah dalam keadaan husnul khotimah iaitu kemaatian yang dicemburui.

DiJemput Illahi Selepas Mengajar Al Quran

Menerusi laporan daripada Berita Harian, seorang warga emas telah didapati pengsan selepas mengajar mengaji di sebuah masjid sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Abdullah Sirajuddin Ahmad, 74, menghembuskan nafas terakhir selepas rebah di ruang mengajar masjid berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam dengan disaksikan beberapa orang yang hadir bagi mengikuti sesi pembelajaran di Masjid Wadihana, Mergong.

baca ini:- Dijemput ALLAH Di Kamar Tidur Ketika Sedang Puasa Tanpa Sebarang Tanda – Al-Fatihah

Menurut anak kepada allahyarham, Sheikh Zainul Mukhtar Sirajuddin Ahmad menerusi Berita Harian, bapanya dimaklumkan peng san di masjid oleh ibunya. Namun, sesampainya dia disana, allahyarham sudah pun meninggal dunia.

“Pada mulanya saya dihubungi oleh ibu mengatakan bapa cuma pengsan di masjid, namun apabila ke sana, bapa sudah meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan yang berada di situ.” Tambahnya lagi, kemaatian bapanya dikatakan begitu mudah apabila hanya rebah daripada tempat duduk dan terus ‘pergi.’ Sheikh Zainul juga memberitahu aktiviti harian allahyarham banyak bersama kitab suci al-Quran.

“Kemaatian bapa saya menjadi tular dan arwah dijemput dalam keadaan baik, di rumah beliau sentiasa dengan al-Quran, jika tidak mengajar beliau akan membaca al-Quran.” Sheikh Zainul turut menyatakan bahawa bapanya kerap berpesan agar menjaga pertuturan dan adab dengan orang ramai. Hal ini adalah bertujuan untuk menjaga tali silaturrahim dengan seluruh masyarakat.

“Boleh dikatakan hidupnya hanya dengan kitab suci itu, dia juga ramai kawan dan anak murid, arwah sering berpesan supaya menjaga pertuturan dan menjaga adab dengan orang ramai.”
Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook Harian Metro, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tak ziah atas pemergian warga emas itu. Walau bagaimanapun, mereka turut menyatakan bahawa betapa beruntungnya allahyarham kerana mening gal dunia ketika sedang beribadat dengan mengajar perkara berkaitan al-Quran kepada orang ramai.

Sumber:Berita harian via majalah-harian.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply