Akan Selesaikan Hutang Sebelum 1 Feb 2025, Kim Seri Akui Diri B*doh ‘Scam’ Orang – “Beri Saya Peluang Kedua..” | Seminngu yang lepas, Kim Seri seorang pempengaruh di Malaysia yang kini menjadi bualan ramai isu menipu pelanggan tentang pakej trip ke Korea membuat siaran langsung di platform TikTok bagi perjelaskan.
Tampil perjelaskan isu scam pelanggan
Dalam satu sesi beliau Melalui live, Kim Seri telah memohon maaf kepada mangsa-mangsa yang hadapi kerugian akibat tertipu dengan pakejnya dan berjanji akan menyelesaikan hutang-hutang itu sebelum 1 Februari 2025.
Beri Saya Peluang Kedua
Dalam pada itu, pempengaruh tersebut turut menyatakan bahawa punca-punca ini berlaku kerana dirinya mengalami kerugian teruk, di mana restoran miliknya yang terletak di Myeondong, Seoul tidak dikunjungi oleh pelanggan sejak bulan Ramadan lalu.
Baca Ini: Mas Kahwin dan Wang Hantaran Negeri Kelantan
Merayu beri peluang kedua, akui tak fikir panjang
Bahkan, dirinya juga tidak berfikir panjang dan akui bodoh kerana melakukan aktiviti scam trip pakej Korea terhadap pelanggan di Malaysia.
Saya berjanji akan kongsi perkembangan secara berterusan dan berkomunikasi secara telus dengan anda semua. Saya sedar tentang kekurangan diri saya, jadi sekiranya anda memberi satu lagi peluang, saya berjanji akan lakukan lebih baik.
Sebelum ini, Kim Seri teruk dihentam netizen susulan scam ramai pelanggan yang sudah membayar pakej tripnya ke Korea Selatan dan didapati hutangnya mencecah lebih RM350,000.
Kita doa yang baik-baik, dan sejujurnya scam orang ni perbuatan tidak baik, berdosa, jika ada masalah terus terang bawa bincang.
Hadis Tipu Orang atau Scam
إِنَّهَا سَتَأْتِي عَلَى النَّاسِ سِنُونَ خَدَّاعَةٌ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ.
“Akan berlaku (pada akhir zaman) terhadap manusia itu tahun-tahun yang banyak penipuan. Dianggap benar orang yang berbohong, dibohongi orang yang benar. Diberikan amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang yang benar-benar amanah. Dan ketika itu kalangan mereka yang jahil bercakap.”
قِيلَ: وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ يَا رَسُولَ اللهِ!
Lalu ditanyakan kepada Baginda: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka?”
قَالَ: السَّفِيهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ.
Sabda Rasulullah SAW:“Orang orang yang jahil agama berlagak dengan membuat kenyataan (bercakap) dalam perkara besar (mengenai ummah).” (Riwayat Ahmad no. 7912)
Antara tanda kenabian Rasulullah SAW ialah memberikan suatu amaran kepada umatnya tentang kerosakan yang sedang terserlah kini, bahawa pada akhir zaman yang penuh dengan kekeliruan munculnya pelbagai kalangan penipu dan pembohong yang menyesatkan umat dan merosakkan aqidah serta kehidupan manusia.
Bahkan, kita menyaksikan wujud pelbagai cara pembohongan dan penipuan yang sangat mengelirukan. Golongan pengkhianat agama dan bangsa dinamakan golongan yang beramanah.
Perasuah pula menempel dengan slogan melawan rasuah, laksana pencuri yang mengejar pencuri bersama orang ramai yang memburunya dengan laungan: ‘Pencuri! Pencuri!’. Melepaskan diri dengan sama-sama melaung-laung di tengah kegelapan malam.
Jadi janganlah kita menjadi sebahagian orang-orang yang suka berbohong dan menipu. Doa yang baik.