" Sebarkan Kebaikan, Jaga Solat "

Bantuan Dana Wakaf Sarawak-Endowment Fund Sarawak (EFS)

Bantuan Dana Wakaf Sarawak-Endowment Fund Sarawak (EFS)

Bantuan Kelahiran Bayi RM1,000 – Endowment Fund Sarawak (EFS) | Dana Endowmen Sarawak (EFS): Sokongan Bayi Lahir Sarawak RM1,000 ~ Mulai 2019, semua anak kelahiran Sarawak berpeluang menerima insentif RM1,000.

Bantuan Dana Wakaf Sarawak-Endowment Fund Sarawak (EFS)

Bantuan Dana Wakaf Sarawak

Insentif yang dipromosikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak ini bertujuan membantu kanak-kanak kelahiran Sarawak membuat persediaan untuk menjadi dewasa kelak.

Maklumat lanjut mengenai Dana Wakaf Sarawak dikongsikan di bawah untuk makluman anda.

Apakah Bantuan Dana Wakaf Sarawak?

Dana Wakaf Sarawak (EFS) ialah pemberian RM1,000 kepada semua anak kelahiran Sarawak, dalam bentuk simpanan mulai 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Dana Wakaf Sarawak (EFS) bertujuan membantu anak-anak Sarawak membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, memulakan kerjaya atau sebagai modal untuk perniagaan kecil.

Syarat Kelayakan Dana Wakaf Sarawak

Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan Dana Endowmen Sarawak yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Lahir di luar Sarawak atau luar Sarawak
  3. Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa merupakan pemegang MyHad berstatus ‘K’
  4. Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran
  5. Bagi kategori anak angkat :
    • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat perlulah berstatus pemegang MyKad ‘K’ dan
    • Mempunyai sijil pengangkatan yang sah

Bantuan Dana Wakaf Sarawak-Endowment Fund Sarawak (EFS)

Cara Memohon Dana Bantuan Kelahiran Bayi RM1,000

1.  Bagi pemohon di Sarawak

Permohonan boleh dibuat di kaunter di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak.

2. Bagi pemohon di luar Sarawak

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar semua dokumen di atas ke alamat berikut:
Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga
93551 Kuching, Sarawak
Tel: 082-242221 / 082-242223
(Permohonan Dana Endowmen Sarawak)

Semua permohonan wajib dilengkap dengan dokumen seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN;
  • Salinan Sijil Lahir Bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN; dan
  • Borang EFS yang diisi lengkap

*Pemohon wajib mendapatkan pengesahan (Certified True Copy) daripada Pegawai JPN di JPN Semenanjung Malaysia, W.P Labuan atau Sabah sebelum permohonan dikemukakan kepada Ibu Pejabat JPN Sarawak.

*Bagi permohonan dari luar Malaysia, pemohon wajib mendapatkan pengesahan (Certified True Copy) daripada Pejabat  Kedutaan Malaysia.

Borang Endowment Fund Sarawak boleh didapati di bawah :

EFS-New-Form-Eff.-2-Sept-2024 ( DOWNLOAD)

Semakan Status Permohonan

Pengesahan status permohonan boleh dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja, dengan syarat dokumen yang dikemukakan kepada JPN Negeri Sarawak adalah lengkap.

Berikut adalah contoh salinan simpanan tetap yang akan diterima setelah dokumen lengkap diserahkan.

Maklumat Lanjut

Bagi semakan penerimaan dokumen permohonan anda, sila hubungi JPN Negeri Sarawak di talian 082-242221/082-242223

Bagi semakan status permohonan, sila hubungi kami melalui WhatsApp di talian +6014-6881398 (mesej sahaja).

Bagi pertanyaan selain semakan status, sila hubungi Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) di e-mel: efs@sarawak.gov.my

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari iSarawakCare