“Itu kubur guru tarekat mereka” – Penduduk Dakwa Sudah Lama Kumpulan Individu Amal Zikir Di Kubur | Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan sekumpulan orang sedang berzikir di tanah perkuburan dekat Setapak, Kuala Lumpur.
Dalam video itu, mereka dilihat berzikir dengan suara lantang dan pergerakan badan yang ketara sehingga membuatkan orang ramai berasa pelik.
Memetik laporan Harian Metro yang tinggal berhampiran tanah perkuburan itu mendedahkan kumpulan itu merupakan pelajar kepada arwah guru tarekat.
Seorang penduduk Taman Danau Kota berkata, dia mengetahui hal itu ketika menziarahi kubur arwah isterinya setiap hari, selain pernah bertanya kepada salah seorang anak murid guru tarekat itu sewaktu mereka mengunjungi pusara.
Itu Kubur Guru Tarekat mereka
Baca ini:- Baca Doa Naik Kenderaan Untuk Keselamatan
Katanya, kebiasaanya mereka tidak kira lelaki atau perempuan akan datang pada jam 7.30 pagi dan berzikir di situ.
“Saya pernah bertanya, sebab saya tengok zikir mereka kuat. Saya bertanya siapa yang istimewa ini? Pelajar dia kata, ‘ini guru kami, guru tarekat’. Mereka daripada dulu sudah buat perkara ini, zikir di sini.
“Bagi saya tak mengapalah. Bila tak ramai setakat seorang dua, nampak normal.
“Bila datang ramai (berzikir) itu mungkin agak meriah sedikit, bagi orang yang datang sekali sekala (ke kubur) itu macam peliklah,” katanya.
Tambahnya lagi, jika perbuatan itu salah, sejak dulu lagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sudah bertindak.
“Kalau salah mungkin daripada dulu jabatan agama Islam sudah bertindak. Mungkin dulu pihak pengurusan (kubur) sudah buat laporan. Pihak pengurusan pun relaks dan mereka lebih tahu,” katanya.
Dakwa seorang lagi penduduk, kumpulan individu itu hanya berzikir selain membaca Yasin dan membuat tahlil.
Pun begitu, ada juga yang berpandangan sebaliknya dengan meminta perkara seperti itu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Difahamkan, JAWI diarahkan menjalankan siasatan terperinci mengenai kegiatan sekumpulan individu terbabit.
Hati-hati Dengan Ajaran Sesat
Antara ajaran sesat yang telah difatwakan, adalah:
• Ajaran Millah Abraham@ Ibrahim
• Ajaran Syiah
• Kumpulan Negara Islam Indonesia (NII)
• Tarikat Al Hasanah
• Ajaran Zamree Bin Abdul Wahab
• Fahaman Wahdatul Wujud
Malah mereka semakin berani menyebarkannya melalui media sosial seperti Instragam, You Tube, Tik Tok dan seumpamanya.
Malah ada juga didapati kumpulan ajaran sesat ini bergerak secara-senyap-senyap dan beselindung melalui aktiviti sosial, aktiviti ekonomi dan seumpamanya sebelum menerapkan ciri-ciri ajaran sesat mereka.
Berdasarkan kajian yang dibuat dan artikel-artikel yang ditulis seperti tajuk-tajuk yang dinyatakan di atas antara ciri-ciri ajaran yang sesat boleh dirumuskan seperti yang berikut-
- Mengingkari Rukun Iman dan Rukun Islam serta meyakini atau mengikuti akidah yang bercanggah dengan syarak.
- Penafsiran al Quran yang menyeleweng tanpa kaedah yang betul
- Ghuluw (Melampau) dalam menghormati guru
- Merendahkan para nabi dan rasul serta mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang terakhir.
- Melakukan amalan-amalan yang jelas bertentangan dengan amalan-amalan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mencerca para sahabat radiaallhu ‘anhuma.
Rujuk Jabatan Agama Negeri atau JAWI untuk kefahaman dan ketepatan tentang ini.
Sumber: Harian Metro