Adsense : Kenapa Google Adsense Jadi Pilihan Publisher

Income google adsense

Adsense : Kenapa Google Adsense Jadi Pilihan Publisher | Kali ni kita nak goreng sikit tentang google adsense, tahukah anda adsense ialah sebuat program yang disistemkan oleh Google syarikat gergasi dunia, kenapa adsense ini diwujubkan? Anda boleh google.

Google adsense jadi pilihan

Secara ringkas, pengusaha-pengusaha produk dan sebagainya menggunakan khidmat google untuk promosi produk mereka, program di panggil Google Adword. Jadi bila terlalu banyak dan limpahan yang masuk, google tidak merekrut staf mahu pun pekerja kerana bila ramai staf lagi banyak kos yang perlu dikeluarkan. Secara mudahnya google mereka satu sistem yang di panggil Google Adsense iaitu publisher yang di pilih atau perlu mengemukakan permohonan.

Bagaimana Google Pilih Publisher Adsense?

Antara Caranya mengemukakan Blog atau website, blog ini umpama resume kita, jika baik dan lepas kriteria yang diperlukan oleh google maka lepaslah permohonan kita.

Selain blog ada lagi program adsense yang anda boleh mohon seperti Youtube dan pihak ketiga.

Untuk mobile apps pula google namakan admob, admob ni seperti yang anda download apps dan bila buka kebanyakkan ada iklan, itu iklan admob seperti iklan dari adsense beza dia hanya platform.

Kenapa Ramai Publisher Adsense Jadi Pilihan?

Hakikatnya adsense boleh dipilih dibayar melalui USD atau mengikut negara masing-masing, ia dikira berdasarkan per klik iklan CPC. Nilai cpc hanya pihak google yang tahu, kita sebagai publisher hanya boleh cuba menarik cpc yang tinggi untuk masuk ke platform kita seperti blog mahu pun youtube.

Untuk Blog antara cara menarik cpc tinggi ialah:

Kontent unik, tiada copypaste, imej no copyright, katakunci yang mahal seperti insurans, pinjaman, kesihatan, games dan banyak lagi.

Selain itu, google adsense senang untuk digunakan seperti membuat iklan baru malah adsense menyediakan script responsive yang mengikut template masing-masing. Ini lah satu kebijaksanaan program adsense hanya satu script auto pelbagai bentuk dan tempat iklan akan muncul bergantung pada template anda.

Cara pengeluaran pula mudah dan senang, ada pelbagai pilihan, tapi pilihan banyak publisher ialah direct bank akaun masing-masing. Selain itu ada menggunakan cek dan sebagainya.

Seperti blog saripkay.com hanya satu script auto responsive semua iklan akan muncul di tempat yang menarik mengikut tema blog dan template. Menarikkan.

Banyak lagi ilmu dan pengalaman adsense saya akan kongsikan. InsyaAllah. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply