14 Kebaikan Vaksin pada Badan Kita

14 Kebaikan Vaksin pada Badan Kita

14 Kebaikan Vaksin pada Badan Kita | Kali ini min nak kongsikan kebaikan vaksin pada badan kita yang ramai tidak tahu, kita hanya fikir kelemahan vaksin yang kita terima sahaja tetapi kita lupa untuk mengambil tahu atau kaji apa kelebihan sebenar vaksin untuk badan kita dan mencengah dari penularan covid-19 ini semakin teruk. Jangan mudah untuk membuat andaian dan kaji serta fahami fungsi dulu. 

14 Kebaikan Vaksin pada Badan Kita

14 kebaikan dan kelebihan Vaksin pada tubuh badan kita :-

  1. Semalam saya ada mendengar penerangan yang sangat jelas dan padu daripada Pakar Virologi yang berpengalaman lebih 30 tahun, Dr Sazaly Abu Bakar mengenai Covid-19 dan kaedah menanganinya.
  2. Beliau memulakan penerangannya dengan membetulkan salah faham kita mengenai angka-angka kes yang ditakut-takutkan kepada kita saban hari.
  3. Formulanya mudah. Kita jangan tengok angka jangkitan tapi kita tengok angka kematian. Setakat ini, angka kematian di Malaysia tidak sampai 1% dan memang boleh dikurangkan lagi apabila kita mencapai herd immunity iaitu sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia telah mendapat vaksin.
  4. Kemudian, beliau menerangkan pula peranan vaksin. Beliau terus terang menyebut, vaksin bukan ubat kebal. Fungsi vaksin adalah untuk meningkatkan sistem imun supaya badan kita menjadi harmoni dengan virus. Maksudnya, badan kita telah mengenali virus itu dan hidup aman damai dengannya.
  5. Virus ini sebenarnya makhluk Allah yang mempunyai misi dan visi untuk membiak sebanyak-banyaknya. Dalam proses ia meluaskan wilayahnya, maka ia menumpang duduk di dalam tubuh manusia. Virus bukan mahu membunuh manusia tetapi oleh sebab tubuh manusia tidak kuat untuk menerima kedatangan virus, maka tubuh manusia terbinasa.
  6. Jika kita lihat dalam carta, hampir 99% pesakit dapat sembuh dengan sendiri selepas dijangkiti. Ini menunjukkan bahawa badan mereka telah berdamai dengan virus tersebut dalam situasi menang – menang. “Hang bagi aku parking kat badan hang, hang takkan dibinasakan.”
  7. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai sistem pertahanan yang kuat, virus ini akan menjajah badan mereka.
  8. Fungsi vaksin adalah untuk meningkatkan antibodi supaya virus tidak menjajah. Virus tetap akan masuk ke dalam badan manusia sebagai pelancong atau pemastautin tetap tetapi mereka tidak boleh menjajah jika menteri pertahanan kita kuat.
  9. Ada orang pertikai, “Dah vaksin pun masih dijangkiti. Macam mana?” Ya, jangkit tetap berjangkit. Tapi, risiko kematian dapat dikurangkan. Anda boleh lihat di England. Selepas 80% rakyat divaksin, SOP telah dilonggarkan sehingga mereka dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium. Akibatnya, peratus jangkitan telah meningkat. Tapi, peratus kematian rendah berbanding sebelum rakyat England mencapai 80% divaksin.
  10. Berbeza dengan Indonesia, kadar vaksinasi hanya 50% dan mereka mahu bebas seperti orang England. Peratusan kes maut banyak kerana mereka belum mencapai 80% seperti England. Malaysia lagilah rendah kadar vaksinasi. Kita belum mampu bebas seperti kebanyakan rakyat Eropah.
  11. Pun begitu, kerajaan sedang berusaha untuk mencapai 80% paling lewat pada penghujung Oktober ini. Lagi 3 bulan gais! Dan dijangkakan pada bulan November, insyaAllah kita boleh merentas negeri. Horey!
  12. Eh, jap jap! “Jika kita telah divaksin, adakah kita masih menjangkiti orang lain?”

         Ya! Jika kita telah divaksin, kita masih mampu menjangkiti orang lain. Akan tetapi, jika orang yang menerima jangkitan daripada kita itu adalah             mereka yang telah divaksin, insyaAllah, antibodi dalam badannya akan melawan virus tersebut.

   13. Cuma yang kita risaukan, jika kita menjangkiti mereka yang tidak divaksin dan tidak mempunyai sistem antibodi yang kuat. Contohnya mak ayah           kita tak vaksin. Kita dah lengkap 2 dos, kerajaan kata, “Okey, hang boleh balik kampung.”

         Kita pun horey balik kampung peluk cium orang tua di kampung. Mak ayah kita belum vaksin dan mempunyai penyakit kronik pula. Allahu. Ini             yang kita risaukan. (Alhamdulillah, mak ayah saya dah vaksin. Semoga Allah pelihara kita semua)

  1. Tidak lupa, Dr Sazaly ada mengingatkan, supaya kita mengamalkan gaya hidup sihat iaitu mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti kecergasan. Inilah sebenarnya vaksin natural yang menjadi menteri pertahahan dalam tubuh kita.

Baca ini : Ada 5 Kategori Jangkitan Covid Yang Perlu Anda Tahu

Kesimpulan

Vaksin pun ada baik buruknya juga, istilah vaksin ialah penawar, semoga vaksin ini menjadi penawar kepada covid, kitasebagai umat islam wajib percaya dan berserah bulat-bulat kepada Allah, InsyaAllah covid menjauh dari kita. Semoga perkongsian ini tidak disalah ertikan dan ianya bermanfaat kepada anda semua. Jika vaksin ini digembar-gemburkan seperti demikian, mereka yang bertanggujawab dan berdosa, kita berserah dan tawakal pada ALLAH.

5 Comments

Leave a Reply