*Sedikit perkongsian* “*UnTuK orang swasta dan KeraJaan yang ingin menolak* ”
Contoh Surat Penolakkan SISTEM PADU | PADU berperanan untuk memastikan anda menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.
Pengenalan
PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.
Objektif PADU
- Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
- Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
- Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.
Matlamat PADU
- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
- Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
- Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
- Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.
Boleh salin dan tampal sekiranya Ketua Jabatan minta surat tunjuk sebab anda tidak daftar dalam sistem PADU.
——————-
Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK DAFTARKAN DIRI MELALUI PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya ……………….. merujuk kepada surat Tuan/Puan bertarikh … yang meminta saya memberikan sebab kenapa tidak daftarkan diri melalui Pangkalan Data Utama (PADU) seperti saranan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
3. Selain dasar kerajaan sendiri tidak mewajibkan warganegara mendaftarkan diri. Saya tidak berdaftar melalui PADU kerana:
• Saya tidak ditawarkan perlindungan, bantuan dan subsidi secara automatik selepas mendaftarkan diri.
• tiada jaminan data peribadi terpelihara, tidak disalahguna dan dikongsi dengan agensi atau pihak luar.
• tiada peruntukan undang-undang yang mengikat Kementerian Ekonomi berkongsi data peribadi saya dengan pihak luar.
• Maklumat profil saya lengkap yang boleh diperolehi di HRMIS – Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia.
• Tiada pekeliling perkhidmatan dikeluarkan dan mewajibkan Penjawat Awam mendaftar melalui PADU.
• Akta Omnibus belum digazetkan sebagai akta bagi membolehkan perkongsian data dengan penyimpanan awan di kalangan agensi-agensi kerajaan.
4. Diharap sebab-sebab yang dinyatakan oleh saya dapat diterima. Saya dengan suci hati tidak berniat ingkar arahan tetapi sehingga kini tiada arahan wajib dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan.
5. Kerajaan melalui Kementerian Ekonomi juga perlu bertanggungjawab dalam kenyataan yang dibuat kerana Ketua Jabatan terkeliru sehinggakan beranggapan setiap Penjawat Awam wajib berdaftar melalui PADU.
*yang Masih Belum Daftar P.A.D.U*
Salin dan tampal
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jangan terlalu stress dan tertekan dengan hadirnya Sistem PADU. Nak daftar boleh tak mahu daftar pun boleh.