Contoh & Teknik Rumusan Bahasa Melayu

Contoh-Rumusan-SPM-KSSR

Contoh & Teknik Rumusan Bahasa Melayu | Tahukah anda apa itu RUMUSAN? Rumusan ialah satu perbuatan ringkas atau karangan atau point-point/isi-isi penting tentang suatu cerita. Kata senang rumusan mengandungi semua isi penting dalam sesuatu cerita tersebut.

Contoh-Rumusan-SPM-KSSR

Pentingnya anda menguasai sesuatu rumusan lengkap sebelum menguraikan atau kembangkan sesuatu cerita. Lihat Rumusan lengkap di sini

–> Contoh Rumusan Lengkap Terbaik

RUMUSAN BAHASA MELAYU

PANDUAN RUMUSAN BAHASA MELAYU

  • proses mencari dan mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan.
  • proses asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian serta bukti.
  • panjang rumusan hendaklah anda mematuhinya.
  • jumlah isi minimum ( tersurat dan tersirat ialah 8 dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah perkataan ).
  • boleh gunakan ayat dalam petikan asalkan tidak salin secara terus atau bulat-bulat.
  • rumusan terbaik atau sebaiknya ditulis tidak melebihi 4 perenggan iaitu Pendahuluanisi Tersurat, isi Tersirat dan Kesimpulan.

PENDAHULUAN

Anda perlu fahami betul-betul soalan dan arahan.

Baca dan teliti kemudian kesan bahagaian isi tersurat.

a. Pastikan kata kunci terdapat dalam arahan tersebut.

b. Gantikan kata kunci dengan perkataan yang seerti dengannya.

  • Faktor / sebab / punca / elemen
  • Akibat / kesan / impak / implikasi /natijah
  • Keistimewaan / kelebihan / faedah / manfaat / kebaikan / kepentingan
  • Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah
  • Peranan / fungsi / tanggungjawab /tugas
  • langkah-langkah / cara-cara / kaedah / usaha-usaha / tindakan-tindakan / pendekatan / strategi / modus operandi

CONTOH SOALAN

Sila baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor (KATA KUNCI ISI TERSURAT) penderaan pembantu rumah dan kesan (KATA KUNCI ISI TERSIRAT) penderaan terhadap mereka.

1. Menulis frasa pendahuluan

CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/menyatakan ………

Sinonim : Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab penderaan pembantu rumah di negara kita pada masa ini.

ISI TERSURAT

• Isi tersurat ialah isi penting yang terdapat dalam petikan/ teks dan dapat dikesan berdasarkan arahan
soalan.
• Jika arahan soalan adalah faktor….. isi tersurat mestilah
berkaitan dengan faktor.
• Garis dan nomborkan setiap isi tersurat.Setiap petikan biasanya mengandungi lebih daripada 6 isi
tersurat.
• Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan petikan.
• Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dll. Berikan pe
rhatian kepada isi utama atau isi penting sahaja.
• Pelajar dilarang menyalin bulat
-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal.
• Beberapa ayat boleh digabungkan dal
am ayat majmuk tetapi mesti lengkap.
• Untuk mengesan isi tersurat, pelajar DAPAT mengenal pasti perkatan

Perkataan yang berikut, jika digunakan dalam petikan: (Rujuk jadual yang berikut) Perkataan yang sering kali digunakan dalam ayat-ayat isi tersurat.

1. Punca = Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang

2. Kesan = Dapat / telah / mampu / berupaya /akan / boleh mendatangkan / menjadikan / menyebabkan / membolehkan / meninggalkan / mempengaruhi dan sebagainya.

3. Langkah = Hendaklah / perlu / mesti / harus / wajar / boleh / sepatutnya / wajib

Catatan : Selain mengenal pasti arahan dalam soalan dan kata kunci dalam ayat-ayat petikan , pelajar boleh juga menentukan isi tersurat berdasarkan ayat-ayat yang menggunakan Penanda Wacana sebagaimana jadual yang berikut:

Mengenal pasti Penanda Wacana Dalam Petikan

1. Walaupun… / Namun begitu. Pertentangan maklumat

2. Selain itu, Lebih daripada itu,Di samping, dan, serta, Kesinambungan maklumat / idea /tambahan

3. Natijahnya, akibatnya, Kesan 4. Juga, malahan Kesinambungan 5. Hal ini demikian kerana , Oleh sebab itu, Sebab

ISI TERSIRAT
• Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua dalam arahan
soalan
• Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan
kedua…. kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah.

Contoh : Akibat penderaan ini pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan.

• Jumlah isi tesirat adalah 2 atau 3 isi, tetapi markah maksimum hanya 4 markah.

KESIMPULAN

• Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan .
• Unsur pertama ialah menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu….. dengan ditandakan dengan
kata… mestilah/ haruslah / hendaklah.
• Unsur kedua ialah menyata
kan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata … agar / supaya

Contoh :

Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi ( kesan merupakan isi tersirat )

FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )

Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci ) ……………………

Antara ( Kata tugasan S ) ialah / adalah……… S1………………. dan ……… S2 ……………. . Selain
itu, ……… S3………… serta ……… S4………… Di samping itu, ……………….. S5…………. dan ………… S6……………………

Antara ( Kata tugasan T ) ialah/adalah………………T1…………………………….. dan ……………………….
T2 ………………………………………… Kesimpulannya, pihak sasaran mestilah/ haruslah ( cadangan : menyokong/ membanteras/ menangani terhadap isu ) supaya/ agar ( kesan/ alasan ) isi tersirat.

(jumlah perkataan )

Jika terdapat kesalahan atau pertanyaan boleh serta komen di bawah artikel ini, saya berharap serba sikit dapat membantu pelajar dalam memahami dan dapat menulis Rumusan Ringkas dengan baik. Semoga berjaya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply