Doa Terbaik Apabila Ditimpa Fitnah

Doa Dijauhi Fitnah

Doa Terbaik Apabila Ditimpa Fitnah | Umat akhir zaman tidak dapat lari dari fitnah Dajjal. Fitnah ini bermain dibibir-bibir manusia sejak zaman dahulu lagi.

Tahukah anda maksud ” Fitnah? ”

Fitnah adalah satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsuatau penipuan yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata “fitnah” diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah “cubaan” atau “ujian”.

Dalam ditimpa bermacam-macam fitnah, kita perlu melakukan beberapa perkara yang sewajarnya seperti berdoa, mengadu pada Allah, tidak cepat melenting, berhati-hati bila berbicara, muhasabah diri dan banyakkan berdoa di dalam sujub ketika solat. Ada lagi cara yang boleh dikatakan munasabah tetapi yang paling mujarab adalah Doa.

Doa Ketika Ditimpa Fitnah

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ

Hasbunallah wa ni’mal wakil. Ni’mal maula wa ni’man nasir Artinya: “Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung”.

“Ayat ini menambah kekuatan dalam hati setiap orang bahwa segala fitnah yang menimpa ini akan dihilangkan oleh Allah karena Dialah yang Maha Kuasa,”

Ketahuilah doa orang difitnah atau teraniaya atau dizalimi ini tiada hijab.

Doa Terbaik Apabila Ditimpa Fitnah

3 perkara perlu kita bimbang akan berlaku ke atas diri apabila terkena doa orang yang kita aniaya, fitnah dan zaliminya. Ini kerana doa mereka tiada hijab dan akan terus diperkenankan oleh Allah SWT.

Salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga iaitu Saad bin Abi Waqqas pernah berdoa kepada Allah SWT supaya menimpakan bala kepada Usamah bin Qatadah yang memfitnahnya: “Demi Allah, saya ingin berdoa meminta tiga perkara: ‘Ya Allah, jika hamba-Mu ini berbohong, bangun memfitnah kerana riyak dan inginkan nama, maka panjangkan umurnya, panjangkan kefakirannya dan dedahkan dia dengan bala bencana.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah SWT memperkenankan doa Saad bin Abi Waqqas itu. Perawi hadis berkenaan mengatakan, selepas berpuluh tahun, beliau sampai di Kufah. Di sana beliau mendapati di tepi jalan ada seorang lelaki yang cukup tua.

Dikatakan mengenai diri lelaki itu kelopak matanya jatuh manakala bulu mata dan kening semuanya sudah gugur. Dia hidup dalam keadaan sangat terhina duduk di tepi jalan sambil mengangkat tangan untuk meminta sedekah.

Dalam satu hadis qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai hamba-hamba Aku, sesungguhnya Aku mengharamkan Aku melakukan kezaliman.”

Dalam Surah an-Nisaa’, ayat 148 yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Doa Terbaik Apabila Ditimpa Fitnah

Ingatlah, doa orang yang teraniaya termasuk dalam golongan doa yang pasti dikabulkan Allah. Maka, apa saja doa yang mereka panjatkan sama ada bermaksud baik atau sebaliknya akan dimakbulkan.

Kesan Fitnah atau Dizalimi

Fitnah antara individu
Menjatuhkan maruah individu, menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun, berbunuhan antara sesuatu individu yang bertelagah.

Fitnah antara keluarga
Hubungan antara keluarga sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam, tidak mesra, sering bertelagah, pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.

Fitnah antara masyarakat
Masyarakat menjadi tidak muafakat, susah bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain.

Fitnah menurut Islam
Dalam agama Islam mahupun agama dan kepercayaan yang lain, fitnah dianggap perbuatan yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang nyata apabila dibiarkan tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermkasud:

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”
Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim” (Al Baqarah: 193)
Kata fitnah dalam ayat ini menurut para Ulama tafsir adalah bermaksud ‘kekafiran’ atau ‘kemusyrikan’. Iaitu bahawa mereka itu menyebarkan kekafiran.

Ingat Fitnah lebih TAJAM dari pisau.

Semoga kita semua dijauhi dari sifat-sifat ini dan tidak tergolong dari orang yang suka mengfitnah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply