Contoh Rumusan Lengkap Terbaik

Contoh Rumusan Lengkap Terbaik

Contoh Rumusan Lengkap Terbaik | Kali ini saya kongsikan contoh rumusan lengkap bagi membantu pelajar-pelajar memahami cara penulisan dan membuat panduan sebagai rujukan.

Di bahagian ini, pelajar harus mahir menggunakan menulis mengikut format yang sesuai agar bahasa dan penulisan nampak teratur dan baik.

PANDUAN UMUM

Pemarkahan diberi

  • 30 markah diperuntukkan di bahagian ini.
  • 20 markah diberi pada bahagian isi dan 10 markah pula pada aspek bahasa.
  • Pengenalan – 2 markah.
  • Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah.
  • Kesimpulan – 2 markah.
  • Untuk aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi. Bahasa yang anda boleh terapkan seperti penggunaan istilah, pengolahan bahasa, dan kosa kata. Selain itu, tanda baca dan banyak lagi akan disemak dan diberi markah.

Baca ini:- Contoh Surat Rasmi : Panduan Format dan Penulisan

Bilangan Perkataan

Pelajar perlu bijak menulis dengan patah perkataan yang cukup dengan syarat dikehendaki iaitu antara 100 – 120 patah perkataan. Jika pelajar menulis dengan lebih patah perkataan dari rumusan tersebut ia akan tidak dikira markah. Berhati-hati.



Nota**

Perenggan

Cara terbaik adalah sebelum menulis sebaiknya buat nota kecil dahulu seperti di bawah:

contoh perenggan rumusan

Contoh Soalan Rumusan

Sila baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya anak degil dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

INFO KHAS UNTUK PELAJAR

Pendahuluan – Dalam satu ayat dapat gambarkan kandungan petikan secara keseluruhannya.

Contoh pendahuluan: Petikan menyatakan…….. (unsur 1) ……. (tema)

Perhatikan, jika berdasarkan rumus di atas, perkara yang perlu ada ialah :

  • Unsur 1- Pastikan unsur terdiri daripada perkataan yang bersinonim dengan tugasan soalan yang menyatakan isi tersurat.
  • Tema Petikan
  • Bilangan perkataan : (8) -(12) patah perkataan.

Contoh ayat sesuai :-

Berdasarkan petikan diberi, antara faktor-faktor yang buat anak-anak menjadi di gedil.

  • Unsur yang bersinonim dengan Punca-punca ialah Faktor-faktor.
  • Tema – anak degil
  • Bilangan perkataan dari 8- 12 patah perkataan.

Isi -isi Tersurat

Contoh isi tersurat seperti dibawah ini:-

Nota** Buat isi tersurat dalam 3-4 point seeloknya.

  1. Didikan agama
  2. kerap beri gadget
  3. Kurang beri perhatian

Cara menulis jawapan:-

Anak–anak menjadi degil disebabkan beberapa faktor, antaranya tidak terapkan didikan agama kerana adanya didikan agama anak akan lebih  berakhlak dan displin. Sibuk dan sentiasa membiarkan anak bermain gadget seperti telefon, permain video dan lain-lain lagi. Selain itu, ibu bapa kurang memberi perhatian membuatkan tidak mendapat kasih sayang sepatutnya.

Isi-isi tersirat

  • Tulis isi tersirat sebanyak 2,3 atau 4.
  • Isi-isi tersirat mestilah tiada dalam petikan soalan dan perlu berdasarkan kata tugas atau boleh guna kata kunci kedua dalam soalan rumusan yang diberikan.

Contohnya

  • anak akan memberontak
  • gejala sosial

Kesimpulan

Contoh terbaik membuat kesimpulan ialah dengan adanya ayat permulaan – Kesimpunlannya…

unsur 1- berbentuk candangan seperti supaya, agar, kerana atau bagi…

unsur 2- beri kesan atau nasihat.

Contohnya

Kesimpulannya, ibu bapa harus memberi kasih sayang dan perhatian yang khusus untuk anak-anak agar anak menjadi insan berguna.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar agar mudah faham dan diberi kebijaksanaan untuk menulis rumusan seperti ini.

Anda minat dengan rumusan drama-drama terbaik? Sila klik DISINI

Leave a Reply