Cara Buka Akaun Maybank dan Maybank2u Online

Cara Buka Akaun Maybank dan Maybank2u Online

Cara Buka Akaun Maybank dan Maybank2u Online | Kita sedia maklum, zaman semakin canggih dan moden, pelbagai infratruktur telah naik membangun begitu juga dengan teknologi. Perubahan teknologi membuatkan kita semua mudah untuk mendapatkan akses tertentu dengan hanya dihujung jari sahaja, yang pasti ada device dan internet. Begitu juga pihak Maybank yang telah memperluas dan memudahkan pelanggangnya dalam membuka Akaun Maybank secara Online termasuk Maybank2u.

Pengetahuan umum, bank-bank lain juga begitu seperti bankislambiz, public bank, irakyat dan banyak lagi. Jumlah trafik dan pengunjung semakin besar dalam penggunaan internet serta pelanggang semakin ramai membuatkan sistem ini amat-amat diperlukan bagi memudahakan segala urusan atas talian.

Kenapa Perlu ada Online Banking?

  1. Online banking memudahkan pelanggang untuk membuat semakan baki atau apa sahaja bayaran masuk ke akaun anda.
  2. Pelanggang boleh membuat bayaran bil-bil melalui transfer online atau jompay dengan mudah cepat dan senang.
  3. Pelanggang boleh menyemak baki pinjaman.
  4. Pelanggang boleh membuat bayaran pinjaman secara online
  5. Pelanggang boleh topup prepaid dan sebagainya.
  6. Boleh mohon untuk invest dan banyak lagi.

Siapa Perlu ada Online Banking?

  1. Orang bekerja.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Orang punyai syarikat dan perniagaan.

Cara Buka Akaun Maybank

  1. Hadir di mana-mana cawangan Maybank terdekat
  2. Sila ambil no. giliran dan beritahu kepada kerani bank yang anda ingin membuka akaun maybank
  3. Tunggu sehingga no. giliran anda di panggil
  4. Bila di panggil beritahu dekat kaunter untuk buka akaun baru.
  5. Setelah siap anda akan diberi kad debit maybank dan sila aktifkan di mesin ATM permulaan akan diberi default no. pin

Kos untuk membuka akaun persedirian deposit minimun RM250 untuk akaun syarikat atau semasa RM500.

Pelanggang diberi dua pilihan untuk buka aakaun Konvensional atau MBB Islamic.

Cara Buka Akaun Maybank2u Online

  1. Sila hadir ke mesin ATM Maybank berdekatan dengan anda.
  2. Cucuk Kad Debit anda di mesin ATM
  3. Sila klik/pilih Maybank2u/phone banking/ATM sms Alert.
  4. Klik pada Kemaskini Tel. Bimbit M2U TAC .
  5. Update No. telefon anda dan klik ya.
  6. Sila layari internet dan ke portal rasmi online klik https://www.maybank2u.com.my seterusnya tekan butang “maybank2u register now”.
  7. Seterusnya, masukkan nombor kad debit tentera di hadapan kad anda dan no PIN kad ATM Maybank anda ketika mengeluarkan duit di mesin ATM.
  8. Kemudian dekat profil akaun anda perlu dikemaskini isi usernama, password, dan email pilihan anda. Anda perlu REQUEST TAC yang akan dihantar ke nombor telefon yang diregister pada mesin ATM sebelum ini. Pastikan ia selamat kerana ia salah satu security.
  9. Alhamdulillah, Selesai sudah.

Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Guna Introducer

Cara pelanggang yang mahu buka current account dengan Maybank, maybank telah meletakkan beberapa syarat kepada pelanggangnya untuk buka akaun semasa maybank, syarat seperti dibawah :

  • Pelanggang perlu sediakan salinan SSM syarikat.
  • Pelanggang perlu sediakan duit deposit untuk akaun maybank secukupnya
  • Pelanggang perlu ada introducer
  • Pelanggang perlu sediakan cop syarikat dan perniagaan

Cara Buat Temujanji Online Maybank

Cara pelanggang yang ingin membuat temujanji secara online agar senang dan mudah ketika musim covid. Atas dasar SOP yang telah ditetapkan pelanggang boleh buat temujanji dengan pihak bank, sila klik link di bawah.

Pertanyaan

Banking Enquiries

Customer Care Hotline:

1-300 88 6688 (Malaysia)
+603-7844 3696 (Overseas)
Email: mgcc@maybank.com.my

Fraud Hotline:

+603 5891 4744

Operating Hour : 24 hours (That includes holidays)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply