Mintak Surat Tawaran Kerja Bila Dapat Bekerja

Mintak Surat Tawaran Kerja Bila Dapat Bekerja, Jika Tidak Ini Terjadi | Kalau dah dapat tawaran kerja dekat satu company, tolong jangan lupa untuk minta Offer Letter, dan jangan lupa jugak untuk CHECK!

Bukan apa, sekarang ni ramai betul viral katanya mereka ni dah ditindas oleh majikan sendiri. Bila fikir balik, masa dapat offer letter tu, apa yang korang patut check? Tahu tak benda ni sangat wajib untuk kita double check agar tak tertindas dilain hari.

Offer Letter

1. Bila nak kena minta surat tawaran kerja?
Surat tawaran kerja harus diterima sebelum melaporkan diri di tempat kerja baru. Maksudnya, walaupun dah diberitahu tarikh untuk masuk ke tempat kerja baru, tapi selagi surat tawaran kerja belum diterima, korang ada hak untuk minta sebelum masuk ke company tersebut.

2. Apa info penting yang perlu ada dalam surat tawaran kerja?
Apa yang perlu dinilai, pastikan surat tawaran tersebut mengandungi info-info penting ini:
1 – Nama penuh
2 – Tarikh permulaan bekerja (optional)
3 – Jawatan yang ditawarkan
4 – Jumlah gaji
5 – Nama dan jawatan penyelia
6 – Jumlah manfaat seperti Cuti Tahunan (Annual Leave), Cuti Sakit (Medical Leave), Cuti Kemasukan Hospital (Hospitalisation Leave)
Polisi insurans (Insurance Policy)
7 – Jumlah caruman EPF & SOCSO oleh pekerja & majikan
8 – Waktu & lokasi bekerja
9 – Manfaat perubatan (Medical Entitlement)
10 – Tempoh percubaan bekerja (Probation Period)
11 – Tempoh perletakan jawatan (Notice period)
12 – Dicetak didalam kepala surat syarikat (printed in company Letterhead)
13 – Tandatangan persetujuan oleh pihak majikan dan penerimaan oleh pekerja

3. Kalau company tak bagi, apa tindakan yang boleh buat? Kalau dah mula kerja tapi masih belum dapat surat tawaran kerja, macam mana?
Kalau bakal majikan tak bagi atau tak menjanjikan apa-apa surat tawaran kerja, korang berhak untuk tidak melaporkan diri dan tidak meneruskan kerja. Jika korang telah mendapat tawaran melalui email, surat bertulis, Whatsapp atau sebagainya, korang juga berhak untuk menyuarakan perkara tersebut di Jabatan Tenaga Kerja / Jabatan Buruh (Labour Department).

4. Kenapa surat tawaran kerja penting?
Surat tawaran kerja penting bagi seorang pekerja yang bekerja di sebuah syarikat kerana ia merupakan bukti bertulis rasmi daripada pihak majikan. Surat tawaran kerja ni jugak penting untuk menjamin korang untuk mendapat perlindungan oleh pihak majikan ataupun kerajaan (EPF . SOCSO).

Kesimpulannya, sebelum korang masuk berkerja ditempat baru harus pastikan yang kamu sudah dapat offer letter agar tidak berlaku perkara tidak diingini akan datang. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply