Ada 5 Kategori Jangkitan Covid Yang Perlu Anda Tahu | tahukah anda apa Long Covid? Ketahui negara kita mengalami pandemik covid-19 yang semakin merunsing dan angka jangkitan harian pernah mencecah lebih 13000 orang, Bayangkan terlalu ramai dan kita memerlukan kelengkapan dan kerjasama dari semua pihak termasuk rakyat sendiri. Ayuh sama-sama kita banteras kurangkan jangkitan dan ikuti SOP yang telah kerajaan tetapkan. Jom kita bincangkan.
Ada 5 Kategori Jangkitan Covid Yang Perlu Anda Tahu
Apa itu Long Covid
Doktor, apa itu long covid?
Doktor menerangkan apa itu yang dikaitkan jangkitan Long Covid.
Sebelum itu kita perlu faham dulu jangkitan covid ni ada 5 kategori.
Kategori 1: positif tapi takde gejala
Kategori 2: positif + ada simptoms tapi tak libatkan paru-paru
Kategori 3: positif + ada simptoms + ada jangkitan paru-paru
Kategori 4: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan
Kategori 5: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan + kegagalan organ
Yang kita bimbang adalah kategori 2, 3, 4 dan 5. Bila sudah masuk ketegori ini, ada kemungkinan besar pesakit akan alami komplikasi covid yang di panggil LONG COVID! Fahamkan?
Kenapa dipanggil nama Long Covid?
Untuk memudahkan anda faham ceritanya begini. Pesakit covid sudah sembuh tetapi menanggung komplikasi covid yang berpanjangan.
Seperti batuk tidak hilang, Hidung selalu tersumbat dan Lendir di tekak. Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.
Sakit-sakit sendi dan ditubuh tidak hilang. Sakit perut yang berpanjangan, selalu sakit dada dan Sakit kepala yang amat sangat. Ada yang sampai hilang ingatan dan ada yang mandul. Memang menakutkan! Itulah realitinya.
Apa yang kita nampak setiap hari, angka kes positif dan angka kes sembuh. Tapi hakikatnya, berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long Covid. Seksa sepanjang hayat. Itu masih ramai pembawa atau sakit covid yang masih kita tidak dapat data atau pun mereka tidak sedar bahawa mereka pembawa.
Sebab itulah kita digalakkan ambil vaksin. Tujuan ambil vaksin bukan tidak akan dijangkiti covid. Tetap ada risiko dapat jangkitan covid cuma tidak masuk ke Kategori 2,3,4 dan 5.
Itulah tujuan sebenar kita perlu ambil vaksin. Long covid ni lebih menakutkan dari kesan sampingan vaksin. Itu anda perlu faham faham.
Kongsikan info ini dalam group-group whatsapp kenapa pentingnya ambil vaksin untuk elak menanggung Long Covid yang amat menyiksakan.
Dr. Ahmad Samhan
Kesimpulan
Ayuh kita sama-sama ikuti SOP dan berserah kepada ALLAH. Semua mahkluk hidup adalah dari CiptaanNYA dan kita perlu berdoa dan kembali kepadaNYA dengan cara bertaubat, melakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Admin sendiri tidak antivaksin dan tidak mengatakan wajib ambil vaksin, anda nilai sendiri, jika rasa perlu ambil vaksin, cucuk, jika tidak anda sendiri ada jawapan anda.