TUTORIAL BUKA AKAUN PUBLIC BANK SECARA ONLINE | Ketahui umum, di Malaysia ada pelbagai jenis bank-bank yang ada salah satunya Public Bank. Salah satu fungsi atau perkhidmatan bank ialah untuk memberi kemudahan kepada anda untuk menyimpan wang anda secara selamat dan terjamin. Dan bank-bank ada pelbagai fungsi lagi seperti memberi pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman kereta semuanya bergantung kepada kelayakkan anda dan mengikut terma dan syarat. Banyak lagi fungsi bank yang ada.
Jika anda ada lebihan wang, untuk keselamatan wang anda eloklah buat simpanan di bank pilihan anda. Bagi yang berkerja sudah pasti perlukan akaun bank ini kerana gaji anda dibayar melalui bank lagi mudah, cepat dan selamat.
CARA BUKA AKAUN PUBLIC BANK SECARA ONLINE
SIAPA YANG LAYAK MOHON BUKA AKAUN PUBLIC BANK?
- Sesiapa sahaja layak untuk membuka akaun bank.
- Bawah umur 18 tahun perlu ada penjaga seperti ibu/bapa
DAFTAR PBE ONLINE DI CAWANGAN BANK TERDEKAT
Untuk daftar cara ini paling mudah kerana anda perlu hadir ke cawangan Public Bank terdekat isi borang dengan betul.
Selepas itu serahkan borang di kaunter kepada petugas yang ada.
Cara seterusnya daftar internet banking PBe online melalui customer service Public bank.
Anda perlu hadir di cawangan terdekat dan mengisi borang permohonan PBe online dan serahkan kepada kakitangan bertugas.
Tunggu sekejap borang anda diproses dan siap.
Baca ini: Permohonan Pinjaman Segera Bank Rakyat – Mohon dan Semak Kelayakkan
DAFTAR PBE ONLINE DI MESIN ATM
Langkah pertama anda perlu ke mesin ATM untuk lakukan perkara ini.
- Hadir ke mesin ATM Public Bank.
- Sila cucuk kad ATM anda dan masukkan PIN.
- Seterusnya klik menu utama, dan sila pilih menu Other Service.
- Pilih Register Internet Banking.
- Kemudian paparan untuk masukkan nombor telefon anda. Perlu kerana setiap transaksi internet banking yang anda lakukan, PAC (PBE AUTHENTICATION CODE) akan dihantar kepada anda sebagai kod pengesahan untuk meneruskan transaksi.
- Sila buat PIN untuk internet banking *Penting sila ingat.
- Berjaya.
Baca ini: Cara Buka Akaun Bank Islam Dengan Mudah
SILA AKTIFKAN AKAUN PUBLIC BANK ONLINE ANDA
Bila sudah selesai semua langkah-langkah cara-cara di atas, anda buka mana-mana browser di mana-mana device anda sila ke https://www.pbebank.com dan sila log masuk dengan memilih First Time PBE Login.
- Anda perlu masukkan User ID dan Password yang anda dapatkan dari Public bank.
- Sila Accept Terms dan Conditions.
- Setersunya sila masukkan User ID dan password yang baru.
- Akhir sekali yang perlu dilakukan ialah mengikuti langkah-langkah yang disediakan.
Akhrinya anda berjaya dan selesai melakukan semua langkah-langkah yang ditunjukkan di atas. Sekarang anda boleh melakukan apa sahaja d akaun ini termasuk membuat transaksi, bayar bil, topup dan banyak lagi secara online.
KESIMPULAN
Kita seharusnya dan perlu ada akaun bank dan akaun bank online untuk simpanan selamat dan mudah untuk digunakan bila-bila masa dan hanya dihujung jari anda sahaja. Semoga bermanfaat.