Teknik Semak Baki Pinjaman Kereta atau Rumah Ambank | Banyak bank di Malaysia menyediakan mekanisme Pinjaman seperti pinjaman kereta dan pinjaman perumahan termasuk Ambank. Yang sebenarnya perkhidmatan yang disediakan oleh Ambank ini untuk memberi kepuasan dan kemudahan untuk pelanggangnya. Ketahuilah pihak ambank menyediakan khidmata dalam talian secara online. Bagi memastikan setiap pelanggangnya mudah dan tidak perlu menempuh jem atau beratur di kaunter untuk mengakses perkhidmatan yang disediakan dengan hanya secara online.
Semak Baki Pinjaman Kereta atau Rumah Ambank
Langkah-langkah seperti berikut:-
1. Log in ke Ambank Online. Klik link ini ——>> https://ambank.amonline.com.my/
akan keluar seperti dalam gambar di atas.
2. Seterusnya sila klik dekat First time login
3. Kemudian klik I Agree dan terpulang pada anda nak baca atau tidak tnc itu.
4. Sila isi detail anda semua dengan tepat seperti Card/Account Type anda dan Auto Financing, akan appear Account No dan Loan Financing Amount dekat bawah akaun type tadi.
Related:Semak Bayaran Bulanan Cuckoo
Account no kalau untuk hire purchase, boleh semak dekat account no. yang anda bayar setiap bulan.. Kalau anda bayar guna no. plat kenderaan sekali pun, bila keluar resit, dekat resit akan tulis sekali no. account.. sila semak untuk kepastian.
Loan amount pula, perlu tulis dengan jelas dan tepat macam yang bank bagi loan amount setiap bulan masa awal-awal anda dapat loan dulu.. Contoh: RM 515 kena masukkan RM515.. bukan RM550..
5. Selepas isi semua maklumat, sila tekan submit.
6. Selesai dan Confirmation email akan dihantar ke email yang anda register.
Selepas itu, cara cek baki pinjaman anda, klik pada bahagian login. Bila sudah login, akan keluar pula interface seperti dibawah.
Kemudian, klik dekat my account, view balance & transaction.
Nah!! Akan keluar segala detail pinjaman kereta mahupun perumahan anda termasuk baki terkini.
Kesimpulan
Setiap bank akan sedaya upaya memberi service perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggangnya agar setiap pelanggang dapat menggunakan khidmat mereka dengan mudah, senang dan selamat. Semoga membantu.
Bagaimana kalau nk semak baki loan kereta yg bukan atas nama sendiri,sedangkan yg bayar sy sendiri,sy cuma pakai nama bekas suami,harap dapat membantu sebab pihak bank tidak membenarkan sy semak baki loan tersebut