Selawat Tafrijiyah Rumi dan Kelebihan

Selawat Tafrijiyah Rumi dan Kelebihan

Selawat Tafrijiyah Rumi dan Kelebihan | Selawat ini semakin viral apabila ramai yang buat cover dan buat lagu salah seorangnya Bazli UNIC. Selawat Tafrijiyah ini senang di hafal dan banyak sangat kelebihannya. Hafal dan amal niat segalanya dari Allah s.w.t. – SaudagarKata

Oleh itu, kita sangat digalakkan dan amal selawat ini kerana ia memberi banyak manfaat serta ketenangan hati.

LED Zikir Dan Ruqyah dapatkan disini 👉 https://shope.ee/5AKOdu2KTR

Maksud Selawat Tafrijiyah

Selawat ini sudah lama di amalkan oleh para sahabat dan solehin. Selawat “Tafrijiyah” ada yang disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.


Selawat ini jika diamalkan betul-betul akan merasa lapang, dihilangkan rasa kesempitan dan tenang dengan izin ALLAH s.w.t.

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.

– Surah al-Ahzab ayat 56

Lafaz Selawat Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah Rumi dan Kelebihan

Selawat Tafrijiyah Rumi

Allahumma solli solatan kamilatan

Wasalim sallaman taammaa

A’laa saidina muhammadinil lazi

tanhallubihil u’kadu

Watanfariju bihil kurobu

Watukdho bihil hawa iju

Watunaalu bihirro gha’ ib-u

Wahusnu khawaa timi

Wayustasqhol ghomaamu

biwajhihil karim

Wa ala alihi wasah bihi

fi kulli lamhatim wanafasim

Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh.

Anda boleh tonton video dari Ustaz Bazli UNIC di channel youtubenya ” Bazli Channel ” boleh subscribe  untuk dengar dan hafal doa-doa dan alunan zikir yang mendidik jiwa.



Maksud

Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.

(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.

Kelebihan Selawat Tafrijiyah

Banyak sebenarnya kelebihan mengamalkan selawat ini, di antaranya ialah:

  1. Selawat banyak bagi kebaikan pada kita dan keluarga.
  2. Boleh hapuskan dosa-dosa.
  3. Terjamin dan mendapat syafaat Rasulullah s.a.w.
  4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
  5. Doa dan hajat mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, InsyaAllah.
  6. Menggantikan sedekah bagi yang tidak berkemampuan dari segi wang.
  7. Dikasihi oleh Rasulullah s.w.t.
  8. Mendapatkan ketenangan dan damai di hati dari dibelenggu kesulitan dan kesengsaraan.
  9. Allah akan memudahkan segala urusan.
  10. Dipacarkan Nur ( Cahaya ) dalam hati.
  11. Dilindungi dari malang petaka dan di dampingi orang-orang yang baik.

kelebihan selawat ini memang banyak.

Kesimpulan

Berselawatlah kepada Rasulullah dan berzikirlah kepada Allah semoga terhapus segala dosa-dosa kita, kerana kita ini mahkluk yang fana, selalu melakukan kesilapan. Dan juga semoga kita semua mendapat syafaat dari Rasulullah kerana selawat dan amalan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Lagi manfaat bila anda amalkan, ajar pada anak-anak dan keluarga, sila kongsikan.  Semoga kita menjadi anak yang soleh/solehah dan hamba yang taat pada perintahNYA.

 

 

 

 

Leave a Reply