CARA CHECK NAMA BLACKLIST TELCO-TELCO MALAYSIA | Selalu berlaku bila kita mahu daftar nama dekat telco baru tiba-tiba nama kita sudah blacklist. Dapat pula tahu ada tunggakkan, sikit okay lagi, malahan banyak.
Yang sudah pasti akan buatkan anda resah dan keliru. Siapa tak terkejut tiba-tiba sahaja blacklist, baru nak tukar telco kerana service dan pilihan baharu lagi terbaik. terkadang kita sudah lupa bila kali terakhir kita pakai telco yang blacklist itu.
Dahulu pernah terjadi kita tidak pernah pakai tetapi ada tunggakkan dan nama blacklist. Ini ada boleh buat semakan balik dan buat report.
Kita kekadang lupa kita pernah terdaftar nombor-nombor tertentu ketika terjumpa di mana-mana promosi di kaki lima, dekat stesen LRT, MRT, di shopping dan sebagainya.
Dapatkan disini π https://shope.ee/A9j4bU4sZE
Anda ingat prepaid rupanya postpaid, jika hal ini berlaku buat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui link https://aduan.skmm.gov.my/
Kenapa Kita Mahu Tukar Telco?
- kerana penawaran service atau harga yang lebih mampu milik dan data yang lebih besar
- kerana service lebih baik jika berlaku sesuatu masalah
- kerana ingin mencuba telco baharu
- kerana liputan rangkaian di kawasan tertentu dan banuak lagi.
Antara telco-telco yang ada di Malaysia ialah Maxis, Digi, Celcom, U mobile dan banyak lagi.
Disini terdapat pelbagai cara untuk mengenalpasti semakan blacklist telco tersebut antaranya :
- MNP (Mobile Number Portability). MNP merupakan salah satu cara untuk menukar βportβ telco nombor telefon anda kepada telco lain. MNP boleh dibuat di mana-mana service centre telco tersebut. Sekiranya MNP gagal, ada kemungkinan anda telah diblacklist oleh telco sebelum ini.
- Anda tidak boleh mendaftar postpaid dari mana-mana telco. Ini bermaksud, nama anda telah di blacklist oleh mana-mana telco di Malaysia.
- Semakan Kredit Pembekal Perkhidmatan. Anda boleh membuat semakan disini : https://store.u.com.my/purchase/configure.cshtml?bundleid=bundle-postpaid-plan-p38
- Anda boleh menyemak dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda dan submit. Sekiranya anda dipaparkan ke bahagian pengisian borang, bermaksud anda tidak di blacklist oleh telco.Sekiranya anda diblacklist oleh telco, paparan mungkin adalah seperti dibawah :
CARA CLEARKAN BLACKLIST TELCO
Cara-cara untuk anda menyelesaikan blacklist dari telco seperti di bawah :
- Pergi ke Service Centre telco tersebut yang berhampiran dengan anda dan membuat pembayaran tertunggak sepenuhnya. Dalam masa 24jam, blacklist anda akan clear.
- Hubungi Helpline telco, dapatkan no akaun bil anda yang tertunggak, buat pembayaran secara online (Online Banking ) dan selepas pembayaran selesai, blacklist anda akan clear dalam 24 jam.
CARA-CARA CLEARKAN NAMA BLACKLIST TELCO DARI PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Ini adakala berlaku, sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama kita dan I/C (disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab) menyebabkan nama kita sudah blacklist dan disenarai hitam, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah ini :
- Terus buat laporan polis dan mengatakan nama anda telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
- Selain itu boleh buat laporan dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi
- Mengikut Akta 709 Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
- Antara maklumat yang dilindungi oleh akta ni adalah : Nama dan alamat, Nombor kad pengenalan, Nombor pasport, Maklumat kesihatan,
- Alamat e-mel, Gambar, lmej dalam rakaman CCTV, dan Maklumat dalam fail peribadi.
- Kemukakan aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi melalui email aduan@pdp.gov.my
- Hubungi melalui One Call Centre (1MOCC) 03 β 8000 8000
- Bawa laporan polis tersebut ke mana-mana pejabat Pesuruhjaya Sumpah. Anda boleh menggunakan perkhdimatan kerani di sana untuk membuatkan surat sumpah.
- Setelah lengkap semuanya, anda perlu fax atau emailkan kedua-dua dokumen tadi tu ke alamat email rasmi telco anda tersebut atau anda juga boleh membawa ke cawangan telco tersebut yang berhampiran anda.
- Tempoh masa penyelesaian bergantung pada perkhidmatan telco tersebut. Anda dinasihatkan untuk sentiasa menghubungi telco anda tersebut untuk mengetahui status blacklist anda sama ada sudah diclearkan atau belum. Rujukan.
Kesimpulan
Sebelum menukar service telco pilihan anda sila semak dahalu nama anda adakah anda tergolong dari golongan nama yang telah di blacklistkan oleh telco-telco tertentu. Dan juga pastikan jika anda tidak pernah menggunakan mana-mana service telco ini tetapi nama anda disenarai hitam sila segera buat laporan. Semoga artikel ini bermanfaat.