Permohonan Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 2021

Permohonan Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 2021

Permohonan Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 2021 | JKM adalah sebuah Jabatan yang banyak memberi kebajikan kepada rakyat Malaysia salah satunya Bantuan untuk Warga Emas.

Permohonan Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 2021

Kita sedia maklum JKM banyak membantu dan memberi inisiatif kepada sesiapa sahaja yang memerlukan dan warga yang tidak berkemampuan dalam menyara kehidupan seharian contohnya warga emas, golongan hasnaf, ibu tunggal dan banyak lagi.

Berita baiknya pada Tahun 2021 Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua daripada RM350 kepada RM500.

Bantuan ini diwujubkan kerana JKM membantu bagi warga emas atau warga tua ini dapat meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh warga ini.

Baca ini: Cara Mudah Daftar Bank Islam Online

Permohonan Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500

Cara Permohonan Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat RM500

Sebelum itu semak Syarat Kelayakan dahulu seperti di bawah ini:-

Berikut merupakan syarat untuk memohon bantuan yang perlu dipenuhi oleh orang tua dan warga emas:
  • Pemohon hendaklah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • wajib berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Bagi pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
  • – Institusi kendalian JKM; atau
  • – Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; atau
  • Jika ada terdapat mana-mana kes akan dipertimbangkan dan mestilah menerima kelulusan KPKM.

Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500

  • Sila layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp.
  • Seterusnya klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
  • Sila masukkan negeri tempat tinggal anda dan no kad pengenalan dengan tepat.
  • Semua lengkap diisi dan selesai sila klik butang ‘Daftar.’
  • Dalam 14 hari, sila ke JKM yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link http://www.jkm.gov.my.
  • Peringatan *Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

Dokumen Perlu Di bawa Bersama Ketika Hadir Di Cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • Salinan Kad Pengenalan diri
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri/Anak/Bapa/Ibu yang tinggal bersama anda
  • Sila bawa salinan sijil kelahiran anda, anak atau yang tinggal bersama anda
  • Sila bawa salinan penyata gaji – Jika Ada
  • Dokumen lain yang berkaitan

Untuk Pertanyaan Lanjut

Keterangan dan pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000

Allah SWT berfirman: “(Mereka juga memberi makan benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan. Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak menghendaki sebarang balasan daripadamu atau ucapan terima kasih.” (Al Insaan: 8-9)

Semoga perkongsian Bantuan Warga Emas JKM Rm500 ini dapat membantu anda dalam mendaftar warga emas untuk menerima bantuan yang sepatutnya.

 

2 thoughts on “Permohonan Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 2021

Leave a Reply