Macam Tak Masuk Akal Isteri polis bergelar Datuk didakwa curi jam Rolex suami

steri polis bergelar Datuk didakwa curi jam Rolex suami

IPOH – Seorang isteri pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 41, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada Januari 2021.

steri polis bergelar Datuk didakwa curi jam Rolex suami

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kecurian dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda iaitu seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) nombor siri 0890R359 dan seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN) nombor siri A9R56702.

Dianggarkan harga bagi Rolex Sky Dweller bernilai RM207,000 manakala Rolex GMT Master-II 9 pula RM198,000.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Bagaimanapun, Ei Leen mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala tertuduh diwakili peguam Gurbachan Singh.

Terdahulu, Noor Nabilah mencadangkan wang jaminan sebanyak RM7,000 bagaimanapun Gurbachan memohon jumlah jaminan minimum diberikan atas alasan anak guamnya merupakan suri rumah dan menjaga dua anak yang masih bersekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan diberikan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan 22 November depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

sumber: sinar harian

Leave a Reply