Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan | Untuk pengetahuan semua, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan yang berperanan dalam pengurusan sumber manusia di bawah perkhidmatan awam kerajaan Negeri Kelantan. Kini mereka membuka peluang kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakkan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti dibawah ini.

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Info : Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 selepas cadangan penubuhan itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 14 April 1959. Cadangan penubuhan telah diluluskan pada 21 Mei 1959. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan telah ditubuhkan secara rasmi pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya telah dikuatkuasakan.

Bidang tugas yang terletak di bawah Suruhanjaya ini termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri dan bertanggungjawab ke atas semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan yang merangkumi semua jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Kanan, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN Kelantan). Kepada yang berminat dan berkelayakkan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan sebagaimana berikut.

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

  1. Akauntan WA9
  2. Pegawai Tadbir Negeri N9
  3. Pegawai Syariah LS9
  4. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J9
  5. Penolong Jurutera JA5
  6.  Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA5
  7. Penolong Pemelihara Hutan G5
  8. Pembantu Tadbir (Kewangan) W1
  9. Pembantu Keselamatan KP1
  10. Pembantu Khidmat Am H1
  11. Pembantu Veterinar G1

Tarikh tutup permohonan 22 Disember 2024 (Ahad)

Lokasi penempatan : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Syarat Lantikan Am

  • Warganegara Malaysia.
  • Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 58 pada tarikh lantikan.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui ESPN Kelantan (sila kepautan yang diberikan di bawah).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Disember 2024 (Ahad), jam 11.59 malam.

Catatan Am

1. Hanya calon yang melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

2. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

**Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online klik DISINI

Keterangan Lanjut

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan
Blok 6, Aras Bawah,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 KOTA BHARU

Urusetia
(09) 748 5089
(09) 748 5089 samb. 6009

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan silakan kongsi. Teruskan membaca di Saudagar Kata.

Leave a Reply