" Sebarkan Kebaikan, Jaga Solat "

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) KPM

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) KPM

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) KPM | TERBARU : Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) akan diteruskan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM800 juta, Bagi yang berkelayakkan boleh membuat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) KPM, anda boleh buat semakan dan tarikh.

Bantuan ini telah dimumkan sendiri oleh Perdana Menteri kita iaiut Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen, Kuala Lumpur.

PM berkata, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding sebelum ini RM150 juta.

Inisiatif BAP ini dikatakan memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun hadapan.

Teruskan membaca dan buat semakan dengan betul.

Pengenalan Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sejak diperkenalkan bermula pada tahun 2012 bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Ketika Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah umumkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Kira semua dapat. InshaAllah.

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) KPM

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) KPM

PENGUMUMAN Kadar Bantuan Awal Persekolahan

Untuk Pengetahuan semua, murid yang layak akan menerima BAP diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi setiap murid secara sekaligus (one-off).

BAP diberi bantuan sebanyak RM150.00

Syarat-syarat atau Kriteria Kelayakan

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia :
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran Bayaran

Mulai tahun 2025, KPM akan memperluas kaedah agihan BAP kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan sebarang bank tertentu bagi tujuan agihan BAP secara kredit ke akaun bank.

    • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
      – Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
      – Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
    • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
      – Tunai; atau
      – Disalurkan terus ke akaun bank murid

Kaedah Penyaluran Bayaran BAP

Tarikh Penyaluran BAP 2025

Untuk tempoh agihan bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 ialah 30 hari dari tarikh surat makluman penyaluran peruntukan dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.

Manakala tempoh agihan bagi murid Tahun 1 kitaran persekolahan 2025/2026 ialah 30 hari dari tarikh kitaran persekolahan bermula.

*Sekolah masing-masing akan memaklumkan maklumat terperinci mengenai tarikh pengagihan BAP 2025.

Borang Bantuan Awal Persekolahan

Ambil Tahu: Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.

Di sesetengah sekolah, pelajar atau ibu bapa tidak perlu memohon kerana semua pelajar layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Application for Student Database).

Secara amnya, sekolah hanya akan mengedarkan borang pengesahan berikut:

Borang Bantuan Awal Persekolahan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dan yang penting bersyukur di atas RezekiNYA.