Institusi dan Senarai Kursus TVET di Malaysia

Institusi dan Senarai Kursus TVET di Malaysia

Institusi dan Senarai Kursus TVET di Malaysia | Pada yang berkelayakkan berminat untuk melanjutkan pengajian dalam kursus TVET, terdapat senarai kursus TVET yang boleh dirujuk.

Disini kami kongsikan kepada anda beberapa Intitusi dan Senarai Kursus TVET yang ditawarkan.

Berkenaan TVET

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan.

Untuk pengetahuan semua, TVET juga menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat yang meliputi peringkat sekolah menengah, lepasan sekolah sehingga ke tenaga kerja di industri melalui latihan berasaskan pekerjaan serta latihan berterusan dan pembangunan profesional.

Menerusi TVET, ia akan menjadi pemacu utama atau ‘game changer’ bagi melahirkan tenaga mahir tempatan yang secara langsung akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Skop TVET

Skop TVET di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Berdasarkan standard pekerjaan/industri yang diiktiraf
  • Mengandungi 50-70% komponen praktikal berdasarkan tahap program
  • Penekanan kepada elemen psikomotor dan kemahiran kerja
  • Menerapkan pendedahan industri
  • Menerapkan komponen latihan industri
  • Menerapkan projek berasaskan kerja/industri

Senarai Institusi TVET

Institusi dan Senarai Kursus TVET di Malaysia

Berikut ialah Senarai institusi TVET di peringkat pendidikan tinggi:

  • Giatmara
  • Institut Kemahiran MARA
  • Kolej Kemahiran Tinggi Mara
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Kolej Vokasional
  • ADTEC
  • Perhebat
  • Perda-Tech
  • Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur

Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah kursus TVET yang ditawarkan:

KursusPenerangan
Kursus Teknologi AutomotifKursus ini memfokuskan kepada latihan hands-on bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi dan berkeyakinan tinggi.

Melalui pendekatan yang menyeluruh sebagai persediaan untuk memasuki industri automotif yang semakin berkembang pesat.

Kursus Teknologi ElektrikKompentensi dan kemahiran dalam semua skop pekerjaan melibatkan bidang elektrik pendawaian sistem 1 Fasa, sistem 3 Fasa, penyelenggaraan, rekabentuk pendawaian, baik pulih pendawaian serta pemasangan asas penghawa dingin.
Kursus Teknologi Penyejukan dan Penyamanan UdaraKursus ini menyediakan pelajar dengan kebolehan praktikal serta teori dalam bidang teknologi kejuruteraan penyaman udara dan penyejukan.

Pelajar akan menjalani latihan dalam bidang penyaman udara dan penyejukan meliputi rekabentuk sistem, pemasangan, penyelenggaraan, pemasangan elektrik dan pengurusan projek.

Program Persijilan Juruteknik Servis(CSTP) yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) turut akan disediakan kepada pelajar sebagai persijilan professional tambahan.

Kursus Teknologi KimpalanDalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya.

Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia, mereka bentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

Para pelajar juga akan mempelajari proses-proses kimpalan seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerged Arc Welding (SAW) dll.

Pelajar juga akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian hasil kimpalan.

Para pelajar juga akan didedahkan dengan kaedah pemotongan logam seperti menggunakan “gas oksi-asitilin”, “disc cutter”, “plasma cutting” dan “power saw”.

Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer, Autocad, lukisan kejuruteraan, Asas keselamatan, fitting dan lain-lain.

Kursus KulinariKursus ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan khususnya seni masakan dengan pembelajaran berkaitan sanitasi di dalam perkhidmatan, nutrisi makanan, asas masakan Malaysia dan antarabangsa.

Program ini turut memberikan tumpuan kepada asas penyajian makanan dan minuman, perancangan menu, penyediaan roti dan pastri, operasi perkhidmatan makanan komersial dan kawalan kos makanan dan minuman.

Kursus PertanianKursus ini ditawarkan kepada pelajar yang meminati bidang pertanian bagi mewujudkan tenaga kerja mahir bagi membantu transformasi sektor pertanian negara.

Bagi meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan domestik yang semakin meningkat dan pembangunan pertanian bernilai tinggi yang dapat meningkatkan sumbangan kepada pendapatan negara dan usahawan tani.

Kursus Teknologi MaklumatTerapkan kemahiran dalam asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer dan rangkaian serta pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.

Selain itu, peningkatan pengetahuan pentadbiran penyelenggaraan pelayan dan pengurusan penyelenggaraan rangkaian komputer turut diutamakan

Kursus PembinaanKursus ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan konsep pembinaan sesuatu struktur, konsep lukisan pelan dan asas kejuruteraan pembinaan.

Turut memberi tumpuan kepada lukisan berbantukan komputer (AutoCAD), Permodelan Maklumat Bangunan (BIM), bahan binaan, ukur kejuruteraan, mekanik tanah, sistem pembinaan industrial (IBS) dan konsep bangunan hijau bagi memenuhi keperluan industri pembinaan.

Selain itu, kepakaran dalam penyelenggaraan bangunan, keselamatan industri amat diutamakan.

Kursus Kejuruteraan MekanikalKursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran praktikal yang komprehensif.

Ia merangkumi pelbagai bidang teknikal yang boleh digunakan dalam pelbagai industri termasuk menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian.

Kursus FesyenKursus ini berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan bengkel, produk dan cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian.

Penyediaan pelbagai jenis rekaan yang dihasilkan seperti pakaian kostum dan maskot, rekaan draping atau Evening Dress.

Pakaian custom made contohnya pakaian pejabat, pakaian sukan dan pelbagai lagi serta mempelajari menghasilkan Fashion Illustration dengan pelbagai kaedah dan teknik seperti teknik mix-media, collage, hatching dan banyak lagi.

Anda boleh membuat carian Intitusi dan Senarai Kursus TVET boleh ke sini–> INTITUSI DAN KURSUS TVET MALAYSIA

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan senarai kursus TVET, sila layari laman web TVET iaitu https://www.tvet.gov.my/.

Semoga perkongsian Intitusi dan Senarai Kursus TVET di Malaysia sikit sebanyak dapat memberi info tepat kepada anda semua.

Leave a Reply