Penjawat Awam Tak Sah Jawatan Kerana Tak Cucuk Vaksin

Penjawat Awam Tak Sah Jawatan Kerana Tak Cucuk Vaksin

Penjawat Awam Tak Sah Jawatan Kerana Tak Cucuk Vaksin | Isu vaksinasi pada masa kini sudah mula slow dan tidak seperti pada tahun 2020 dan 2021 sebelum ini. Ini kerana di US sudah umum yang covid-19 adalah flu biasa sahaja. Sebelum ini pun sudah ada teori konspirasi nyatakan covid-19 adalah rekaan dan vaksin itu yang bahaya sebenarnya.

TAHNIAH

Tadi seorang family members berkongsi berita gembira yang telah lama dinafikan iaitu pengesahan jawatan susulan beliau menolak suntikan vaksin ujikaji COVID-19.

Sebelumnya saya bercadang membantu draft surat untuk Pengarah jabatan tempat beliau bertugas.

Tapi memandangkan saya ada nombor HP Pengarah terbabit. Pada 22 Jun saya terus menghubungi pengarah dan bertanyakan status pengesahan jawatan yang dinafikan ke atas seorang kakitangan yang menolak vaksin.

Mulanya Pengarah tersebut mendakwa ia adalah arahan pihak atasan tetapi setelah diterangkan status pengesahan jawatan kakitangan bergantung budi bicara Ketua Jabatan.

Di mana saya minta jasa baik beliau untuk mengesahkan jawatan seorang kakitangan sebelum beliau bertukar tempat kerja.

Penjawat Awam Tak Sah Jawatan Kerana Tak Cucuk Vaksin
Sekadar hiasan

Pengarah tersebut hanya menjawab, “saya akan semak dulu dengan pihak atasan..”

Hari ini tiada ribut, tiada angin saya terima WhatsApp memaklumkan beliau dipanggil untuk tandatangan pengesahan jawatan.

Alhamdulillah.

Sebab itulah saya kata, Penjawat Awam ini segala keputusan yang diambil adalah dari saranan atau minit Ketua Jabatan.

Jika Ketua Jabatan anda menafikan konon terima arahan pihak atasan bermakna dia sedang berbohong kepada anda!

Tahniah buat family members kita kerana telah disahkan jawatan sebagai Penjawat Awam hari ini.

✌️🇲🇾

Nota kaki: jangan sesekali fikir TAK BOLEH bukannya kita minta ubah al Quran.

Petikan sumber dari : YYCC

Kesimpulan, tahniah pada penjawat awam yang baru disahkan jawatan, ingat di mana kita berada pangkat mahu pun tahta, itu adalah tanggungjawab yang dipikul, lagi besar pangkat lagi besar tanggungjawab yang dipikul, bukan bermegah dengah jawatan sahaja lepas itu hanya makan gaji dan suka gunakan alasan tidak masuk akal, sebelum bertindak selidik dan banyakkan membaca cari ilmu yang berkenaan, insyaAllah ada jalannya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply