DOA SELEPAS SOLAT FARDU DAN MAKSUD | Doa adalah senjata orang mukmin, kita digalakkan selalu berdoa memohon kepada Allah s.w.t tidak kira di mana kita berada dan semuanya ada doa. Pohonlah doa kepadaNYA menandakan kita ini sebagai hamba dan memerlukan segala pentunjuk dan kebaikan dariNYA. Antara amalan dan mujarabnya doa apabila kita berdoa selepas solat fardu dan sunat.
Kita sebagai manusia ada kelebihan dan kekurangan, bila kelebihan kita ada bersyukurlah, bila ada kekurangan dan melakukan kesilapan mohonlah ampun dan panjat doa kepada Allah.
Manusia yang tidak suka berdoa manusia yang sombong dan ego. Sudah lumrah kehidupan ada naik turun, bersyukur dan berserah pada Allah, panjatkan doa.
Baca ini:- Doa Iftitah Di Baca Dalam Solat dan Kelebihan
DOA SELEPAS SOLAT FARDU DAN MAKSUD
Doa selepas solat yang di ajurkan. Anda boleh hafal doa ini:-
Sebelum baca doa anda boleh wirid dahulu antaranya
- Astaqfirullah Al-azim 3x / 7x
- Al-fatihah 1x dan 3 qul
- Zikir SubhanaALLAH 33x , Alhamdulillah 33x , Allahuakhbar 33x
- Boleh tambah bacaan surah Al-Bagarah ayat 163
- Zikir-zikir lain dan berselawat.
Doa Selepas Solat Fardu
Bacaan Dalam Rumi:
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.
Maksud doa:
“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”
“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.”
“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”
Kesimpulan
Akhir sekali, kita sebagai seorang hamba selalulah berdoa setiap masa setiap selepas ibadah solat kerana doa itu senjata orang mukmin. Semoga bermanfaat dan teruskan support blog saripkay. Terima kasih.