Doa Nabi Khidir Makbul Segala Hajat dan Ertinya

Doa Nabi Khidir Makbul Segala Hajat dan Ertinya

Doa Nabi Khidir dan Ertinya |  Kita ketahui bahawasanya nama Nabi ini pernah disebut dan diceritai. Setiap muslim pasti tahu cerita Nabi Musa pernah bertemu dengan Nabi Khidir. Ada doa-doa yang baik dan elok diamalkan seperti doa yang akan dikongsikan di bawah ini nanti.

Bukan hanya bekerja keras sahaja, tawakal dan doa mesti seiring, dengan IzinNYA pasti dimakbulkan. Kita sebagai hambanya mesti meyerahkan sebulat-bulatnya kepada pencipta kita iaitu Allah s.w.t.

Disarankan selepas solat boleh amalkan doa yang akan dikongsikan. Nabi Khidir merupakan nabi utusan Allah SWT yang disebutkan secara implisit dalam Al-Qur’an Surat Al-Kahfi ayat 60-65 dan ayat 82. Ia, tidak termasuk dalam 25 Nabi dan Rasul yang wajib kita kenal.

Anda boleh amalkan doa ini bila-bila masa sahaja, seeloknya selepas solat subuh dan magrib, Ketahuilah doa ketika solat lagi mujarad dan makbul, kerana ketika solat kita sedang bersujub, menyembah ALLAH yang ESA.

Doa Nabi Khidir Makbul Segala Hajat dan Ertinya

Inilah Doa Nabi Khidir

Allahumma Sholli ala Sayyidina Muhammad wa alihi wa shahbihi wa sallim.

Allahumma kamaa lathafta fii ‘azhamatika duunalluthafaa, wa ‘alawta bi‘azhamatika alal ‘uzhamaa, wa ‘alimta maa tahta ardhika ka’ilmika bimaa fauqa ‘arsyika, wa kaanat wasaawisusshuduuri kal’alaaniyyati ‘indaka, wa ‘alaaniyyatulqauli kassirri fii ‘ilmika, wanqaada kullu syai-in li ‘azhamatika, wa khadha’a kullu dzi sulthaanin li sulthaanika, wa shaara amruddunya wal aakhirati kulluhu biyadika.

Ij’al lii min kulli hammin ashbahtu aw amsaiytu fiihi farajan wa makhrajaa, Allahumma inna ‘afwaka ‘an dzunuubiy, wa tajaawazaka ‘an khathii’athiy, wa sitraka alaa qabiihi a’maaliy, athmi’niy an as-aluka maa laa astawjibuhu minka mimma qashhartu fiihi, ad’uuka aaminan, wa as;aluka musta’anisaa.

Wa innakalmuhsinu ilayya, wa analmusii’u ilaa nafsiy fiima bayniy wa bainika, tatawaddadu ilayya bini’matika, wa atabagghadhu ilaika bilma’ashiy, walakinnattsiqata bika hamalatniy ‘alal Jaraa-ati ‘alaika, fa’ud bifadhlika wa ihsaanika ‘alayya. innaka antattawaaburrahiim ,wa shallallahu alaa Sayyidina Muhammadin wa alihi wa shahbihi wa sallam.

Ertinya:

“Ya Allah, sebagaimana Engkau bersikap lemah lembut dalam keagungan-Mu melebihi segala yang lemah lembut, dan Engkau Maha Tinggi dengan keagungan-Mu atas segala yang agung, dan Engkau Maha Mengetahui apa yang ada di dalam bumi-Mu sebagaimana Engkau mengetahui apa yang ada di atas ‘arsy-Mu, dan bisikan hati di sisi-Mu sama seperti ucapan terang-terangan, dan ucapan terang-terangan sama di sisi-Mu dengan bisikan hati, dan tunduklah segala sesuatu kepada keagungan-Mu, dan merendahlah segala yang memiliki kekuasaan kepada kekuasaan-Mu, dan jadilah perkara dunia dan akhirat berada di tangan-Mu, jadikanlah bagiku dari segala keluh-kesah yang menimpaku pada pagi hari kelapangan dan jalan keluar darinya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada anda semua. Perbanyakkan doa di dalam solat. InsyaAllah…

Leave a Reply