“Lah… Lipat baju pun jadi bisnes”

Lipat baju pun jadi bisnes

“Lah. Lipat baju pun jadi bisnes” Lepas bersalin, aku tekad. Iklankan setiap hari. Sekarang ini income aku, si pelipat baju

Angan-Angan Tinggi Si Pelipat Baju

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, aku merupakan seorang suri bisnes. Dulu aku pon suri rumah seperti korang, tapi sekarang aku bertukar menjadi suri bisnes..

Alhamdulillah rezeki semua nya cukup walaupon suamiku kerja seorang.

Bukan kerana aku mahu mengejar harta dunia. Tetapi aku tahu dan aku sangat yakin dengan diri aku, bahawa aku mampu berjaya..

Berjaya yang bagaimana baru dikategorikan sebagai berjaya? Ada orang dia anggap berjaya apabila dia sudah dapat membeli rumah, kereta dan sebagainya..

Tapi ade jugak orang yang anggap duit yang banyak, berpangkat Dato baru dianggap berjaya.

Terpulang pada pilihan masing masing lah, kerana yang kenal diri kita hanyalah kita..

So berbalik pada kisah aku tadi. Aku seorang yang sangat positive.

Jarang untuk berkata tidak pada apa apa perkara walaupon perkara tu tak mungkin dapat. Aku akan cuba buat dulu. Jadi ke tak jadi ke, itu cerita lain..

Dan dulu aku pon sama seperti korang yang cuma jaga anak di rumah tanpa buat bisnes. Pernah jugak terfikir untuk buat bisnes tapi risau anak tak cukup kasih sayang memandangkan suamiku kerja setiap hari..

Kadang kadang balik 3 pagi. Tapi kalau lewat sangat, biase nye dia terus tidur dalam kereta dan esok nye kerja macam biasa.

Mengenangkan kerja suamiku yang sebegitu, aku tak buat apa apa bisnes..

Sampai lah satu hari. Lepas aku bersalinkan anak aku yang kedua, aku cakap dekat suami aku, aku nak buat bisnes.

Tapi bisnes aku tak gah. Sangat sangat tak gah. Dan orang mungkin akan perlekehkan.. Sebab tu aku minta izin suami aku dulu..

Aku takut orang gelak kan dia dan cakap yang dia tak mampu nak sara isteri.

Tapi suami aku cakap, buat jela. Takpe, dia tak kisah pandangan orang dekat dia. Sebab hanya kita yang tahu diri kita..

So start dari situ la aku start iklankan dalam group taman, group lorong, dan sebagainya.

Masa mula mula iklankan tu, banyak je yang komen “lahh lipat baju pon jadi bisnes” tu belum ade emoji gelak dekat posting..

Tapi aku tetap positive. Takpela aku buat benda baik bukan buat jahat. Aku iklankan sebab aku tahu, ramai ibu ibu yang bekerja tak sempat nak lipat baju..

Setiap hari tanpa henti aku iklankan sampai laa orang jemu. Aku takkan berhenti selagi aku tak buktikan yang aku mampu.

Dari seorang, jadi dua orang seterusnya dah ade lebih kurang 37 orang pelanggan tetap termasuk pelanggan yang lain dan income aku lebih dari 2k sebulan. Alhamdulillah untuk rezeki tu.

Kadang kadang, orang dari jauh yang hantar baju. Siap pakai lalamove hantar..

Dan daripada aku buat seorang, sekarang kami dah ade team sendiri.

Yang bantu suri suri buat income lipat atau iron baju dari rumah tanpa perlu keluarkan modal dari daerah, dan negeri berlainan..

Tak reti takpe, aku akan ajar. Aku tahu, aku takkan mampu nak lipat baju satu Malaysia ni. Takpe kita kongsi rezeki, kita kongsi ilmu sama sama..

Sehari demi sehari ramai yang mula bertanyakan tentang cara, video lipat baju, cara kira harga.

Dan ye, ramai suri suri yang nak ade duit sendiri bukan? Walaupon kalau suami bagi upah RM50 sebulan pon dah rasa happy sangat dah..

Itulah tujuanku. Walaupun dapat tak banyak, tapi kita usaha. Kita jadi kreatif dengan cara cari duit tanpa perlu keluarkan modal.

Puas hati rasanya dapat beli barang guna duit yang kita hasilkan..

Sebab tu kadang kadang benda tu kita tengok macam tak logik. Tapi bila kita dah nampak jalan tu, teruskan buat..

Ingat ye, peluang datang sekali. Terpulang pada kita samada nak manfaatkan peluang tu atau biarkan ia hanyut..

Jangan biarkan hidup kita terus berfikir tanpa tujuan dan arah.

Aku takde lah baik sangat, tapi aku tak suka orang yang pandang rendah dekat surirumah.. Aku tak suka tengok surirumah down..

Please, tolong jadi positive. Tolong ikhtiar untuk jadi orang yang bagi manfaat kepada orang lain.

Ayuhh bangkit surirumah!

Reaksi Warganet

Ly Ly –
Ada sorang frenlist buat biz lipat baju jugak. Tengok testimony customer dia post, fuhhh kemas lipatan. Macam pakai pembaris.

Dah tu. asing ikut kategori dan letak dalam plastik. Baju yang patut gosok, di gantung siap siap.

Senang keja mak mak yang takda masa urus pakaian family. Mak bantu mak, huhu

Faezah Za –
Bakat tu pandai lipat baju. Saya masa study dulu, roomate saya orang Sungai Besar. Pandai cakap jawa. Memang orang kampung..

Tapi dia punye skill gosok tudung, perghhhh memang licin giler. lipat baju pulak pergh kemas giler.

Pernah juga try pakai dia punye iron pastu gosok gosok, tapi tak selicin macam dia. hahahahah

Kalau lipat baju, entah la. Dia lipat sambil sembang je, takde urut baju beriye pun tapi memang kemas gilerr.

Pernah la saya suggestkan dia buat bisness dekat kolej lipat baju atau gosok baju, tapi dia taknak buat sebab dia fikir mane ada orang nak upah, huhu.

Harap harap dia bace la confession ni untuk beri dia semangat. Pandai lipat baju ni pun bakat tau…

Adliah Ramli –
Ya, biarlah orang nak kata apa. Saya paling tak suka lipat baju sebab kerjanya tedious dan duduk membeku.

Duduk membeku yang tak tahan tu, rasa bosan sangat. Kalau sambil lipat sambil menonton lagilah lambat siapnya.

Lepas tu, lipat baju ni never ending story. Macam kisah bersiri yang dah lebih 100 episod, pusing pusing tang tu juga. Haha

Kalau ada perkhidmatan ini di sekitar perumahan saya, Datang rumah once a week pun jadilah.

Tapi takde. Nak tak nak terpaksa berterus terang dengan ahli keluarga, pakaian kena urus masing masing.

Saya hanya buat sistem yang memudahkan semua ahli rumah tetapi kena uruskan diri. Sistem supaya baju tidak membukit, mudah dicari dan mudah diuruskan.

Alhamdulillah saya sekarang bukan isteri yang terpaksa mengadap pakaian bertimbun. Setiap seorang jaga pakaian masing masing.

Saya jaga pakaian saya dan linen2 umum yang lain seperti langsir dan sebagainya.

Akissha Laila’sha –
Tahniah sis. Saling memberi inspirasi pada surirumah macam saya. Tapi saya tetap malas nak cari side income, hahaha.

Saya lebih sukakan dunia fitness dan exercise untuk release tension.

Kita sama sama jadi surirumah mesti support interest masing masing. Ada orang minat buat biz sebab nak cari duit sendiri.

Ada orang suka tanam pokok siap buat mini garden lagi. Ada orang suka deko rumah cantik cantik.

Any housewives who read this, do celebrate your interests and achievements. Girl power

Khairiah Khairuddin –
Zaman sekarang ni kalau kerja opis 1-2k, habis duit dekat minyak kereta dan tol. Habis masa dekat jalan.

Sebab tu ramai ibu ibu berenti kerja. Saya sokong ibu ibu yang benti kerja urus anak dan rumah.

Bisnes tanpa modal ni sangat la saya sokong. Itu bisnes sebaiknya.

Sumber – Madam (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply