Doa Malam Pertama : Doa dan Adat Bersama

Doa dan adat malam pertama melakukan hubungan intim

Doa Malam Pertama : Doa dan Adat Bersama | Mendirikan rumahtangga adalah impian bagi setiap pasangan yang sedang bercinta, kahwin dapat hindarkan dari melakukan perkara tidak baik dan dimurkai Allah. Selepas diijabkalbu pada malam harinya menjadi malam teristimewa yang selalu dikatakan Malam Pertama.Doa

Doa dan adat malam pertama

Siapa tidak harungi perkahwinan dan malam pertamanya amat rugi.

Di dalam agama islam ada Doa dan Adat ketika ingin bersama atau bersetubuh walau kali pertama selepas diijabkalbu dan seterusnya.

Menarik baca ini : Cara Doa, Tips dan Petua Cepat Hamil Dengan BetulCara Doa, Tips dan Petua Cepat Hamil Dengan Betul

Doa dan Adat Ketika Bersama ( Malam Pertama )

1. Suami Memohon Keberkatan hidup bersama Isteri.

Boleh dilakukan selepas akad nikah lebih baik atau pun ketika ingin bersama.

Lafalnya:

Allahumma inni as’aluka min khairiha wa khairi ma jabaltaha ‘alaihi. Wa a’udzubika min syarriha wa syarri ma jabaltaha ‘alaihi

Artinya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau tetapkan atas dirinya.”

2. Pasangan suami isteri dianjurkan sebelum berhubungan intim menunaikan solat sunat 2 rakaat dan selepas solat dianjurkan doa di bawah ini

Lafalnya:

Allahumma baarik lii fii ahlii, wa baarik lahum fiyya. Allahummazuqnii minhum warzuqhum minni. Allahummajma’ baynanaa maa jama’ta ila khairin, wa farriq baynanaa idza farraqta ilaa khairin.

Artinya:

“Ya Allah, berikanlah keberkahan kepadaku dan istriku, serta berkahilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.”

3. Doa sebelum berjimak atau melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Tips * sebelum melakukan hubungan ini lebih baik dan manis jika dimulakan dengan membersih diri, mandi, berborak dengan ayat-ayat manis atau pun ayat menaikkan nafsu syawat. Selain itu, mulakan dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.

Doa ini amat penting agar dalam melakukan hubungan kita terlindung dari hansutan syaitan mahu pun perkara tidak baik. Doa ini juga agar hubungan dilakukan ini lebih baik dan agar mendapat zuriat yang baik. InsyaAllah dengan izin Allah.

Lafalnya:

Allahumma jannibnasy wa jannibisy syaithon maa rozaqtanaa

Artinya:

“Ya Allah, jauhkanlah kami dari setan dan jauhkanlah setan dari apa yang Engkau karuniakan kepada kami.”

4. Ketika menyentuh isteri

Ketika menyetuh isteri mahupun ketika memasukkan kemaluan tersebut bacalah Bismillahirahmanirahim ” Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang “.

5. Doa Keluarnya Air Mani Ketika Bersetubuh

Doa ini baik untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan hidup malah mohon diberi zuriat yang baik.

Lafalnya:

Allahummaj’alnuthfatanaa dzurriyyatan thayyibah

Artinya:

“Ya Allah, jadikanlah nutfah (air mani) kami ini menjadi keturunan yang baik (saleh).”

6. Doa selepas selesai melakukan hubungan intim bersama

Dengan ini tanda kita bersyukur diberi kekuatan dan kesihatan serta nikmat yang diberikan.

Alhamdulillaahi ladzi khalaqa minal maa i basyaraa

Artinya:

“Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air mani ini menjadi manusia (keturunan)”.

Kesimpulannya

Hargailah pasangan anda dan nikmatilah kurniaan yang Allah berikan, beradat dan jagalah aib sesama pasangan anda.

“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah : 223)

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply