Contoh Surat Penolakan Vaksin Ujikaji Covid-19 | Sejak kebelakangan ini, apabila kerajaan mengumunkan untuk cucuk booster dos ketiga vaksin ujikaji ramai sudah faham dan sudah nampak apa itu vaksin ujikaji. Akhirnya ramai menolak. Tak dinasikan ada yang cucuk kerana pada dasar vaksinasi negara adalah sukarela.
Secara ringkasnya, vaksin ujikaji covid-19 adalah tidak wajib dan ianya hanya sukarela bagi membendung penularan covid-19.
Hakikatnya ramai terkesan dari segi pergerakkan, kerjaya dan sebagainya. Ada juga selepas divaksin kembali sihat dan ada terkena kesan AEFI, iaitu kesan sampingan, apatah lagi ada yang meninggal.
Perkara ini membuatkan ibu bapa mulai risau dan ragu-ragu terhadap vaksinasi ini.
Jika anda ingin menolak, tolaklah secara baik dahulu salah satunya dengan menulis surat penolakan ini.
Contoh Surat Penolakan Vaksin Ujikaji Covid-19
PER: SURAT PENOLAKAN VAKSIN UJIKAJI COVID-19
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya …… ibu/bapa kepada ……… mykad …… kelas …… TIDAK BERSETUJU untuk anak saya menerima sebarang suntikan vaksin ujikaji COVID-19 yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
3. Selain itu, saya juga ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa saya juga TIDAK BERSETUJU sekiranya anak saya menjalani ujian saringan yang dilaksanakan oleh sekolah setiap hari Rabu.
4. Sekiranya pihak sekolah berusaha untuk memujuk dan/atau memaksa anak saya untuk menerima vaksin ujikaji COVID-19 saya merezabkan hak saya untuk mengambil tindakan perundangan.
5. Saya berharap keputusan saya ini tidak membuatkan anak saya dimalukan dan/atau diperlekehkan dalam kelas sehingga menjejaskan emosi serta mental anak saya.
6. Saya berterima kasih dan menghargai kerjasama yang diberikan pihak sekolah berhubung penolakan vaksin untuk anak saya.
Sekian, terima kasih.
ANDA boleh rujuk gambar di bawah ini
Dasar Vaksinasi COVID-19
Vaksinasi COVID-19 adalah secara sukarela dan akan diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia (warganegara dan bukan warganegara). Had umur adalah adalah 18 tahun ke atas. Perkara ini akan diteliti dari semasa ke semasa. Pendekatan Kerajaan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022 untuk mengurangkan penularan virus COVID-19. Bagi vaksin yang memerlukan dua dos, setiap individu akan mendapat vaksin dari jenis yang sama dan tempohmasa menerima vaksin kedua adalah bergantung kepada jenis vaksin. Sebagai contoh selang masa antara dos pertama dan dos kedua adalah:
• vaksin Pfizer & Sputnik V – 21 hari;
• vaksin AstraZeneca – 28 hari; dan
• vaksin Sinovac – 14 hari.
Vaksin akan diedarkan secara berperingkat ke seluruh negara bergantung kepada bekalan daripada pengeluar.
Kesimpulan
Vaksin adalah sukarela, vaksin covid-19 ini juga dikenali vaksin ujikaji yang masih dalam peringkat klinik trial. Malah, ianya SUKARELA. Jadi anda perlu bijak untuk membuat keputusan. Untuk anak-anak bawah jagaan, ibu bapa pastikan betul-betul sebelum membuat keputusan. Tanya hati kecil, buat kajian sendiri sebelum membuat keputusan yang baik. Jika saya salah beri info sila komen baik-baik ya.