Cara dan Login Google Classroom ( GC ) Untuk Guru atau Pelajar | Google Classroom ( GC ) ialah Perkhidmatan yang disediakan oleh GOOGLE bagi institusi di seluruh dunia bagi pembelajaran tanpa menggunakan kertas dan dalam talian sahaja.
Selain itu ia boleh membantu guru untuk kongsikan fail-fail pembelajaran kepada pelajar atau murid dengan lebih infeksen dan teratur.
GC boleh dihubungkan dengan Email Gmail, Google Drive dan Google Calendar dalam membantu pengurusan guru dan pelajar dengan lebih tepat dan cekap. Yang paling menarik penggunaan Google Classroom ini berketepatan dalam dunia menghadapi Covid-19 dan banyak berlaku pembelajaran dalam talian atau home based learning, ia sangat-sangat membantu.
Baca ini:- Login SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Analisis Peperiksaan Sekolah
Cara Login Google Classroom ( GC ) Untuk Guru atau Pelajar
Dengan adanya Google Classroom ( DC ) ini, guru dapat membuat kelas secara dalam talian dan memberi tugasan atau agihan fail tertentu kepada pelajar dengan lebih senang dan mudah serta guru dapat menanda tugasan serta merekodkan kehadiran pelajar dalam kelas online tersebut.
Daftar Masuk Google Classroom
Cara daftar masuk Dc ini bagi pengguna komputer Dekstop, laptop atau tab boleh klik link di bawah ini:-
- Google Classroom ( moe-dl.edu.my )
Sila Muat Turun Aplikasi Google Classroom
Untuk pengguna telefon pintar lagi senang anda hanya perlu download aplikasi google classroom, klik link di bawah ini mengikut device operanti masing-masing.
Setelah selesai semuanya anda boleh login seperti biasa memngikut langkah-langkah yang dikongsikan di bawah ini:-
a) Untuk Guru
- Buka Apps atau link Google Classroom klik ‘ Go To Classroom ‘
- masuk gunakan akaun moe-dl anda.
- Seterusnya klik ‘ + ‘ dan klik ‘ Create Class ‘.
- Isikan maklumat yang diminta nama kelas, subjek dan sebagainya.
- masukkan pelajar-pelajar anda dengan melalui tab ‘ people ‘ dengan menggunakan akaun moe-dl pelajar masing-masing.
- Seterusnya muatnaik bahan pengajaran dan tugasan pada tab ‘ Classwork ‘ dan klik ‘ Create ‘.
- Selesai
b) Untuk Pelajar
- Untuk masuk Google Classroom guru akan bagikan ID dan kata laluan kepada pelajar masing-masing. * pelajar perlu simpan baik-baik.
- Ibu bapa penjaga harus peka dan bantu pelajar jagaannya dengan memasukan ID dan kata laluan yang diberi oleh guru.
Pautan manual pengguna dan modul untuk rujukan guru-guru:-
Maklumat Lanjut Google Classroom
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh:-
- No. tele:- 016 -662 8915
- email:- google-helpdesk@eduspec.com.my
Kesimpulan
Kesimpulannya penggunaan Google Classroom amat membantu dan berkesan serta memudahkan ketika guru ingin membuat kelas online terutama ketika dunia termasuk Malaysia dalam memerangi Covid-19 yang masih menular. Semoga bermanfaat.