Cara Doa, Tips dan Petua Cepat Hamil Dengan Betul | Bercerita tentang kehamilan setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti inginkan pelengkap sesebuat perkahwinan itu dengan memiliki anak. Tidak di nafikan ada yang juga yang merancang tidak akan mempunyai anak dalam beberapa tahun selepas dihijabkalbukan. Yang pasti majoritinya setiap pasangan berkahwin inginkan anak kerana anak adalah pelengkap kepada sebuah perkahwinan dan akan lebih bahagia.
Ramai bertanya ada ke Doa, Tips atau Petua untuk cepat hamil?
Jawapannya ada.
Perkahwinan dan mendapat zuriat selepas mendirikan rumah tangga adalah harapan besar dan matlamat utama bagi suami isteri kerana itulah baka keturunan mereka, harta dunia akhirat yang abadi.
Namun begitu, adakalanya harapan mereka tidak kesampaian merancang dan berusaha dengan baik serta mendapatkan rawatan serta nasihat yang pakar tetapi masih tidak hamil. Semua ini ada sebab kenapa Allah s.w.t menguji hambanya dengan pelbagai cara, ada hikmah.
Ada di antara mereka sampai stress dan putus asa, ada juga selepas bertahun mereka mengambil anak angkat dan selepas itu mereka dapat khabar gembira dengan hamil anak sendiri. Alhamdulillah.
Baca ini:- Doa Keselamatan Diri, Keluarga dan Harta Benda
Doa Cepat Hamil
Baca doa Nabi Zakariyah a.s di surat Ali ‘imran
“Rabbi hablii min-ladunka dzurriyyatan thayyibatan innaka samii’uddu’a.”
Artinya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (QS Ali ‘Imran:38)
Baca doa Zakariyah a.s di surat Al-Anbiya’
“Rabbi la tadzarnii fardan wa anta khairal waaritisiin.”
Artinya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris yang paling baik.” (QS Al Anbiya’: 89)
Baca doa Nabi Ibrahim a.s
“Rabbi hablii min ash-shalihiin.”
Artinya: “Ya Tuhanku, ahugerakanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.” (As shaffat:100)
Doa-doa ini perlu dibaca di awal perkahwinan lagi, jika baru tahu boleh amalkan sentiasa, baca ketika hendak bersama, baca selepas solat dan waktu-waktu yang sesuai mengikut syariat ISLAM.
Tips dan Petua Cepat Hamil
- Sebelum anda bersama melakukan hubungan intim, eloklah sejam atau 30 minit sebelum melakukannya anda kencing atau bersihkan alat sulit anda dahulu supaya lebih bersih.
- Selepas melakukan hubungan tersebut pastikan anda membuang sperma di dalam rahim isteri anda, jangan membazir dan pastikan isteri JANGAN BANGUN baring 1jam atau lebih bagi memberi ruang sperma berenang ke ovari dan mencari telur. * Letak batal di bawah punggung
- Selepas melakukan hubungan intim jangan bersihkan faraj anda terlebih dulu. * Lakukan hubungan di malam hari dan terus tidur bangun subuh bersihkan dan mandi wajib.
- Lakukan hubungan intim anda bersama ketika isteri subur iaitu sekitar hari ke 13-15, Ketika subur inilah cuba lakukan hubungan bersama sekerap boleh.
- Sebelum melakukan hubungan bersama eloklah meransang pasangan anda masing-masing agar ketika bersama menjadi segar dan indah, bila tahap keinginan itu tinggi pastikan ketika injapkulasi pastikan lelaki punya keras masuk sedalam mungkin dan lepaskan sperma jangan tarik dahulu senjata lelaki biarkan terbenam di dalam faraj isteri anda seketika anggar sperma berada jauh di dalam.
- Ketika bersama seeloknya letak batal di bawah punggung isteri lebih memudahkan kerja bersama kerana teknik ini peratusan lebih tinggi untuk berkesan.
Petua Tambahan:-
1) Anda perlu positif dan sentiasa doa pada Allah SWT serta redha.
2) Selalu buat pemeriksaan suami isteri
3) Amalkan cara hidup sihat (pemakanan serta vitamin)
4) Banyakkan bersenam dan aktiviti riadah
5) Pastikan anda tahu waktu subur anda teruma isteri
6) Buat temujanji dengan doktor pakar
7) Jangan selalu stress dan control emosi anda
8) Jauhi rokok dan perkara tidak sihat
9) Banyakkan bersama kanak-kanak atau bersedekah atau suka melayan anak kecil, InsyaAllah.
Kesimpulanya hamil dan mendapat cahaya mata ini adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jika dapat zuriat jagalah, didiklah dengan baik dengan penuh kasih sayang, agama yang penting kerana anak ini harta akhirat untuk kita. Jika kita tidak mendapat zuriat janganlah kita menyalahkan takdir dan kita tidak ada rasa syukur, adakala Allah tidak beri zuriat ia ingin menguji hambaNYA dan bila kita tiada komitmen terhadap anak itulah masa terbaik kita menyemai cinta kepada pasangan masing-masing dan keluarga. Semoga perkongsian ini memberi makna yang baik untuk anda semua. Sila komen dan share ya.
One thought on “Cara Doa, Tips dan Petua Cepat Hamil Dengan Betul”