Contoh Resume Menarik dan Ringkas | Resume ialah tentang mengenai diri anda sendiri secara ringkas, menarik dan padat. Untuk seseorang memohon sesuatu pekerjaan anda sudah pasti diwajibkan untuk bawa atau hantar sekali dengan resemu. Resume amat penting untuk pengenalan pandang pertama anda kepada sesebuah organisasi yang anda ingin bekerja. Resume yang baik, menarik dan ringkas selalunya akan mudah dan peluang untuk dapat pekerjaan amat cerah.
Apa Itu Resume Menarik dan Ringkas?
Resume yang ringkas dan menarik ialah resume yang tidak terlalu panjang tulisan dan maklumatnya, resume yang sedap mata memandang dan sesuai untuk dibaca. Antara yang perlu ada dalam resume ringkas ialah pengenalan diri, akademik, kebolehan, pengalaman kerja dan banyak lagi.
Ada juga komponi atau syarikat tertentu meminta kita Biodata atau curriculum vitae (CV). Yang penting adalah persediaan anda untuk memohon kerja dan bekerja dengan baik.
Graduan semakin tinggi pekerjaan semakin terhad membuatkan anda mendapat tentangan dan persaingan yang hebat antara individu-individu yang berebut memohon sesuatu pekerjaan. Justeru itu, antara kelebihan yang anda perlu ada selain konfiden dan yakin ialah Resume yang menarik, kreatif dan ringkas.
Ciri-ciri Resume Terbaik dan Menarik
- Hanya ada satu (1) mukasurat sahaja
- Gambar Pasport atau gambar (Profesional)
- Maklumat diri termasuk email dan nombor telefon (masukkan maklumat)
- Tulis dan tunjukkan perkara yang berkaitan pekerjaan yang dipohon sahaja.
- Buat list dan senarai pengalaman kerja mengikut turutan mengikut terkini hingga yang lama.
- Sila gunakan font profesional seperti Sans Serif, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. Saiz font yang sesuai adalah di antara 10 hingga 12
- Berikut dikongsikan contoh resume terbaik untuk panduan:
5 Contoh Resume Anda DiTolak Oleh Bakal Majikan Anda
Ini hanya sekadar kajian dan pendapat saripkay.com sahaja, banyak sebab kenapa resume atau permohonan kerja anda ditolak.
- Maklumat yang dipaparkan tidak lengkap seperti tiada no. telefon atau pengalaman kerja dan sebagainya.
- Bahasa yang digunakan tidak sesuai
- Resume anda panjang melebihi 3 muka surat atau lebih. Standard Resume 1-2 muka surat sahaja.
- Tidak ada kesilapan tatabahasa
- Tidak nyatakan skill sesuai dengan jawatan yang di mohon.
Soala Lazim
Saya tidak pandai buat resume.
- Sebenarnya banyak contoh dan rujukan yang ada di dalam internet salah satunya gambar yang saya kongsikan di atas.
Kesimpulan
Kesimpulannya anda perlu ada Resume Lengkap Ringkas dan Menarik untuk persediaan anda memohon sesuatu jawatan atau pekerjaan kerana resume ini adalah maklumat ringkas anda yang lengkap padat dan mudah difahami untuk tunjukkan siapa diri anda dan kenapa anda layak memohon dan bekerja sebagai jawatan tersebut. Semoga perkongsian Resume ini menjadi manfaat yang baik untuk anda. Terima Kasih.
Pingback: Permohonan Skim Perantisan Nasional (SPN) KBS Bermula Gaji RM1,200
Pingback: Contoh Surat Rasmi : Panduan Format dan Penulisan - SARIP KAY