Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps MyASNB | Berita gembira untuk mana-mana individu, ibu bapa yang baru nak buka akaun ASB untuk diri sendiri mahu pun untuk anak- anak, anda tidak perlu ke kaunter lagi, saya ulang anda tidak perlu ke kaunter lagi.
Kerana apa? Kerana sekarang anda boleh buka akaun MyASNB secara atas talian, orang kita panggil secara online.
Tidaklah anda semua perlu beratur ambil nombor giliran dan menunggu lama. Dengan adanya kemudahan ini anda tidak perlu lagi beratur dan menunggu lama, hanya DOWNLOAD Apps MyASNB sahaja.
Senangkan hanya online mudah selamat dan cepat.
Sekarang anda hanya perlu download apps MyASNB dan isi maklumat yang diperlukan dan anda boleh buat simpanan serta keluarkan secara atas talian sahaja.
Dengan ASB anda boleh buat simpanan secara selamat dan risikonya amat rendah serta terjamin.
Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps MyASNB
Sekarang saya akan tunjukkan tutorial satu per satu bagaimana nak buka akaun secara online sahaja. Pastikan anda ikut step by step secara betul.
Sebelum itu baca sampai habis ya supaya anda lebih faham.
Apakah Amanah Saham Berhad (ASB)?
Untuk pengetahuan, ASB adalah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB.
ASNB adalah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).
ASB ini ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.
Melalui ASB ini, pelabur-pelabur berpeluang memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan. (Boleh dapat dividen yang lebih tinggi berbanding kita simpan di bank sahaja!)
Apa Itu myASNB?
info: myASNB ialah portal pelaburan yang telah dibangunkan ASNB bagi memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (online).
Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:
- Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
- Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
- Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
- Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
- Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
- Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
- Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my
Permodalan Nasional Berhad juga mempertingkatkan sistem portal dan aplikasi myASNB untuk menyediakan lebih kemudahan kepada anda, di mana kini pembukaan akaun ASNB juga telah ditawarkan secara online! Senang dan selamat serta tidak membuang masa anda.
Penting: Institusi dan Senarai Kursus TVET di Malaysia
Cara Buka Akaun ASB | Pendaftaran ASNB Online
Dengan adanya apps ini yang lebih mesra pengguna, kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu menerusi aplikasi myASNB.
Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB
Untuk membuka akaun pelaburan ASNB, sila rujuk langkah di bawah:
LANGKAH PERTAMA
Sila muat turun aplikasi myASNB.
LANGKAH 2
Selepas itu sediakan kad pengenalan serta butiran akaun bank untuk daftar.
Isikan maklumat di ruang yang disediakan.
LANGKAH 3
Buat proses verifikasi identiti.
Anda perlu cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.
LANGKAH 4
Selepas itu proses terakhir, anda pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.
Pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.
SELESAI
Alhamdulillah siap sudah, TAHNIAH ANDA BERJAYA! Semoga ianya menjadi satu inspirasi dan bermanfaat kepada anda.
Rujuk video tutorial di bawah untuk maklumat lanjut:
NOTA:
Anda juga boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.
Dokumen yang perlu dibawa ialah:
- 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
- Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut: www.asnb.com.my
Maklumat Lanjut
Maklumat Lanjut Tentang Cara Buka Akaun ASB Online , pastikan anda telah muat turun aplikasi myASNB yang terkini untuk pelbagai pembaharuan yang disediakan.
Sekiranya anda alami sebarang kesulitan dengan aplikasi myASNB, sila layari portal myASNB untuk melakukan urus niaga, melihat baki akaun dan lain-lain urusan berkenaan myASNB.
sumber lain: ecentral