Baca Doa Naik Kenderaan Untuk Keselamatan

Baca Doa Naik Kenderaan Untuk Keselamatan

Baca Doa Naik Kenderaan Untuk Keselamatan | Kita selalu lupa baca Doa naik kenderaan, pada hal Doa itu senjata orang mukmin.

Doa naik kenderaan dibaca untuk keselamatan ketika kita menuju destinasi yang dihajati dengan selamat dengan IzinNYA.

Sebagai orang islam apa sahaja kita lakukan niat kerana Allah agar kita sentiasa dilindungi dan dirahmati ke mana sahaja kita pergi dan berada.

Baca :- 10 Kebaikan Doa Keluar Rumah Mesti Baca

Baca Doa Naik Kenderaan Untuk Keselamatan

Mendahului sesuatu perjalanan dengan membaca doa naik kenderaan ini sesuai dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

Maksudnya : “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”

(Al-Ghafir: Ayat ke 60)

Bacaan doa ini juga merupakan satu bentuk pengharapan kepada Allah SWT agar perjalanan kita sentiasa dilindung dan diredhai.

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

DOA MENAIKI KENDERAAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ.

(al-Zukhruf 13-14)

Supaya tujuan perjalanan kita tertunai, maka bacalah ayat al-Kursi sebagaimana pesanan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali,

يا علي: إذا خرجتَ منْ منزلك تريدُ حاجةً فاقْرَأ آية الكرسي، فَإن حاجتك تقضى إن شاء الله تعالى

Yang bermaksud: Wahai Ali, jika kamu keluar dari rumah untuk hajat yang sangat penting maka bacalah ayat al-Kursi nescaya hajat kamu akan tercapai dengan keizinan Allah swt[1].

[1] Dipetik daripada kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta’ie al-Andalusi (Ibnu Arabi)

Baca :- Koleksi Doa Majlis Perhimpunan

Bacaan Doa Naik Kenderaan

Sebelum memulakan perjalanan, kita digalakkan membaca doa naik kenderaan seperti berikut:

  • Subhanallazi sakhara lana hadza  wa ma kunna lahu muqrinin
  • Wa inna ila rabbina lamunqalibun.
Doa Naik Kenderaan
Sumber: JAKIM

سُبْحَنَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبَّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maha Suci (Allah) yang menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelum ini tidak mampu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

Surah Al-Zukhruf : Ayat 13-14

Ingat kita seharusnya baca Doa Naik Kenderaan dan sentiasa ingat ALLAH agar kita dijaga dilindungi dari musibah yang tidak diingini.

Leave a Reply