Ayat Kursi Rumi dan Maksud | Bagi umat islam ayat kursi adalah ayat istimewa kerana ayat ini amat agung.
Ayat ini agung kerana mengisahkan keagungan sang penciptaNYA iaitu ALLAH s.w.t yang tiada tandingan dan tidak terbatas kuasaNYA dan dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.
Ayat Kursi Rumi beserta Maksud
Ayat Kursi dalam Rumi
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard
Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi
Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a
Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem.
Maksud Ayat Kursi
”Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”
Baca ini: DOA SELEPAS SOLAT FARDU DAN MAKSUD
Kelebihan dan Fadilat Ayat Kursi
- Mereka yang selalu membaca ayat ini akan dicintai dan terpelihara oleh Allah sebagaimana IA memelihara Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah
- Baca setiap kali hendak tidur, Allah akan mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
- Bagi mereka yang baca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya. Allahuakhbar!!
- Selepas berwuduk dan anda membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan tinggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk mereka yang membaca sehinggalah ke hari Qiamat.
- Abdulrahman bin Auf menerangkan bahwa, apabila masuk ke dalam rumah, dibacanya Ayat Kursi pada empat penjuru rumah – menjadi penjaga dan pelindung dari gangguan syaitan.
- Jika dibaca dengan khusyuk dan niat yang betul boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
- Jika di amal dan dibaca ketika dalam kesempitan insyaAllah ada pertolongan dari Allah akan datang.
- Mereka yang suka membaca ayat ini nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
- Dan banyak lagi kebaikan ayat ini. Amallah sebagai pendinding diri dan keluarga anda.
Kesimpulan
Kita seharusnya mengamalkan ayat kursi ini dan yakin akan kelebihannya dan juga yakin akan pertolongan dari Allah s.w.t. Jika tidak di amal dan tidak yakin susah untuk anda merasa kenikmatan dan kelebihan ayat ini. Semuanyan kerana Allah s.w.t. Yang penting kita beriman kepada Allah dan pesuruhnya Nabi Muhammad s.a.w.