Ustaz Don – “Mewah Tapi Hati Tak Tenang & Bahagia…” Ini Sebabnya

Ustaz Don – “Mewah Tapi Hati Tak Tenang & Bahagia…” Ini Sebabnya

Ustaz Don – “Mewah Tapi Hati Tak Tenang & Bahagia…” Ini Sebabnya | Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya. Walaupun kita memiliki harta yang yang banyak, kehidupan yang mewah namun hati tidak tenang dan bahagia, ini menunjukkan kepada kehidupan yang tidak diberkati. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.

Berikut petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.

“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.

KEBERKATAN YANG DICARI

5 cara untuk mendapat pahala setelah tiada di dunia lagi:

  1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
  2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
  3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
  4. Meletak watercooler di tempat awam.
  5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.

Sumber : mukminsolution.com

1 Comment

Leave a Reply