Apa Itu Arduino? Fungsi dan Kelebihan | Kalau budak jurutera tidak tau apa Arduino rugilah, apa itu arduino dan fungsi serta kelebihannya, jom baca.
Apa itu Arduino?
Arduino ialah sebuah alat yang direka dan digunakan bagi mengawal sesebuah sistem elektronik dan elektrik. Ia adalah satu platform komputer yang berteraskan sebuah mikrokontroller serta punyai perisian yang mudah ditulis oleh penggunanya malah ianya murah
Arduino ini digunakan untuk membuat sesebuah projek yang menggunakan pelbagai output. Pelbagai suis dan pengesan digunakan untuk input pada arduino dan ia mampu mengawal jenis output antaranya seperti lampu, motor dan banyak lagi.
Ia juga di buat secara sendiri dan mampu komunikasi dengan perisian dari komputer anda contoh seperti processing, excel, flash, matlab dan lain-lain lagi.
- Murah – Harga sebuah papan litar arduino adalah berpatutan berbanding platform mikrokontroller yang lain. Untuk lagi jimatkan kos anda boleh membuat arduino sendiri.
- Cross-platfrom – Arduino mempunyai beberapa keistimewaan iaitu boleh digunakan pada Windows, Macintosh OSX, dan linux OS. Tetapi kebanyakkan mikrokontroller adalah terhad kepada Windows.
- Bahasa pengaturcaraan yang mudah – Bahasa pengaturcaraan arduino adalah C dan C++ programming language sahaja. Amat mudah bagi mereka yang mahu atau pemula.
- Open source & Intensible software – Perisian arduino adalah Open source. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh mengubahnya serta bahasa yang digunakan boleh diubah melalui C++ libraries.
- Open Source & Intensible hardware – Arduino adalah mikrokontroller berteraskan Atmel’s ATMEGA8 dan ATMEGA168. Untuk dapatkan litar untuk modul ini hanya laman web arduino secara percuma dan sesiapa sahaja boleh mereka dan membuat litar arduino sendiri. Mudah kan.
Kesimpulannya
Perisian ini amat mudah dan senang digunakan dari pelbagai bidang yang berkaitan malah ianya murah dan senang didapati, jadi jangan lepaskan peluang untuk mempelajari serta memiliki perisian ARDUINO ini.
.
Sangat membantu utk fahami apa iti arduino.. Barang baik utk jurutera…
Good info, thanks you sharing