Senarai Gaji Kejuruteraan Mekanikal dan setarafnya di Malaysia

Jurutera Mekanikal

Senarai Gaji Kejuruteraan Mekanikal dan setarafnya di Malaysia | Banyak innstitusi swasta dan awam telah wujudkan pendidikan dalam bidang kejuruteraan ini, adakah peluang pekerjaan dan gaji amat berbaloi di luar sana nanti? Adakah gaji jurutera di Malaysia ini berbaloi dari jurutera dari luar? satu persoalan bermain di minda bakal-bakal jurutera dan bakal pelajar yang akan ambil jurusan ini.

Ini artikel perdasarkan pendapat dan kajian sahaja, mungkin juga ada di luar sana lagi berbaloi dan setaraf dengan pendidikan dan pengalaman.

Dikhbarkan kadar gaji jurutera di Malaysia hampir 20 tahun masih tidak berapa ada perubahan yang sepatutnya mengikut peredaran zaman dan keperluan semasa.

Antara skill dan jawatan yang gaji tidak berapa ada kenaikkannya ialah kejuruteraan mekanikal, jurutera elektrik, jurutera IT, jurutera awam, jurutera kimia dan banyak lagi.



Antara Puncanya

Industri di Malaysia tidak mengagap kemahiran kejuruteraan ini tidak begitu bernilai sedangkan di negara maju yang lain amat hargai kemahiran kejuruteraan ini, lalu mereka memberi banyak kelebihan terutama gaji.

Kata salah seorang ahli Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), Megat Johari Megat Mohd Noor, pada setiap tahuan Universiti Tempatan telah menghasilakn graduan kira-kira dalam 10,000 dalam bidang kejuruteraan dan semakin meningkat.

Walau begitu, industri ini tidak dilihat sebagai sumber atau aspek yang perlu dihargai dan bernilai, lalu tidak meningkat seperti yang sepatutnya.

“Industri merasakan graduan kejuruteraan tidak bersedia untuk membuat kerja, tetapi tidak mahu melabur untuk memberi latihan dan pengalaman yang betul.

“Keadaan ini menyebabkan taraf gaji jurutera negara hari ini dalam keadaan tertekan kerana industri tidak berusaha untuk meningkatkan tahap kemahiran jurutera,” katanya.

Percaya Pada Kualiti Jurutera Luar Berbanding Tempatan

Hampir 90 peratus syarikat yang sedikan perkhidmatan kejuruteraan ini menggunakan kemahiran jurutera luar berbanding jurutera tempatan. Ini akan membuat graduan kejuruteraan tidak diiktiraf dan dinaikkan pangkat dan sebagainya.

Sangat rugi kerana mereka tidak diberi peluang serta perdedahan yang betul untuk menunjukkan bakat serta kebolehpercayaan dalam pasaran yang sedia ada. Tidak dinafikan sebenarnya rakyat tempatan seharunya diberi pujian mereka ini juga pandai serta berwibawa tetapi ruang dan peluang itu tidak diberi yang secukupnya.

Banyak Industri tidak melabur untuk tujuan R&D

Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) turut mendapati lebih 5,000 syarikat kejuruteraan ketika ini tidak mahu terbabit dalam program pembangunan jurutera, termasuk bidang kajian & penyelidikan (R&D).

Akibatya sektor ini tidak membangun dengan baik.

Tidak dinafikan masih takut dan ragu-ragu untuk membuat R&D dalam bidang kejuruteraan ini sedangakan bidang ini amat meluas dan memberi impak yang baik untuk pembangunan sesebuah negara.

Gaji Kejuruteraan Mekanikal
Senarai Gaji Kejuruteraan Mekanikal dan setarafnya di Malaysia

Jom kita lihat Senarai Gaji Jurutera di Malaysia

Graduan baharu (pengalaman 0-3 tahun)

Jurutera kimia: RM1,700 – RM2,600
Jurutera elektrik dan elektronik: RM2,500 – RM3,500
Jurutera mekanikal: RM1,900 – RM2,900
Jurutera awam: RM1,900 – RM3,300
Jurutera data/IT: RM2,000 – RM3,200
Jurutera minyak dan gas: RM2,300 – RM3,300
Jurutera produk: RM2,300 – RM3,100

Jurutera senior (pengalaman 4-7 tahun)

Jurutera kimia: RM4,100 – RM6,200
Jurutera elektrik dan elektronik: RM4,100 – RM6,100
Jurutera mekanikal: RM3,400 – RM5,200
Jurutera awam: RM3,600 – RM5,600
Jurutera data/IT: RM4,200 – RM6,200
Jurutera minyak dan gas: RM3,900 – RM5,400
Jurutera produk: RM3,200 – RM5,000

Pengurus (pengalaman 6-12 tahun)

Jurutera kimia: RM7,500 – RM9,700
Jurutera elektrik dan elektronik: RM7,000 – RM10,000
Jurutera mekanikal: RM6,000 – RM7,900
Jurutera awam: RM6,500 – RM10,000
Jurutera data/IT: RM7,000 – RM11,000
Jurutera minyak dan gas: RM8,500 – RM13,000
Jurutera produk: RM6,500 – RM9,800

Pengurus senior (pengalaman lebih 13 tahun)



Jurutera kimia: RM11,00 – RM20,000
Jurutera elektrik dan elektronik: RM10,100 – RM14,400
Jurutera mekanikal: RM8,000 – RM12,000
Jurutera awam: RM10,900 – RM17,300
Jurutera data/IT: RM13,200 – RM23,000
Jurutera minyak dan gas: RM12,500 – RM30,000

Artikel hanyalah pendapat semata-mata dan jika ada penambahan atau komen boleh komen di bawah ini, semoga bermanfaat dan hargai Jurutera Malaysia kerana mereka boleh membawa perubahan yang besar yang baik kepada negara.

Jika korang merasa artikel ini bermanfaat sila tinggalkan komen dan beri pendapat yang membina agar semua pembaca peroleh maklumat dan ilmu yang berfaedah.

sumber: rencah

1 Comment

Leave a Reply