Akhirnya Lee Zii Jia ‘sebelah kaki’ ke separuh akhir Terbuka Arctic

Lee Zii Jia

Akhirnya Jaguh badminton perseorangan lelaki profesional negara kita, siapa lagi kalau bukan Lee Zii Jia boleh dikatakan sudah ‘sebelah kaki’ melangkah ke separuh akhir Terbuka Arctic.

Ianya berikutan Zii Jia, 25, bakal berhadapan dengan rakan senegara, Leong Jun Hao yang berada di ranking lebih rendah iaitu No.38 dunia dalam aksi suku akhir di Vaanta, Finland esok.

Akhirnya Lee Zii Jia ‘sebelah kaki’ ke separuh akhir Terbuka Arctic

Kejayaan itu hadir selepas Zii Jia, No.14 dunia, menewaskan pemain Indonesia di ranking ke-22 dunia, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-17, 18-21, 21-11 dalam tempoh satu jam pada pusingan kedua sebentar tadi.

Ia sekali gus membolehkan bekas juara All England dari Alor Setar, Kedah itu menempah pertemuan dengan Jun Hao, 24, yang mara ke suku akhir selepas membenam pemain Perancis, Arnaud Merkle 15-21, 21-17, 21-19 hari ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, kelebihan lebih memihak kepada Zii Jia menerusi dua kemenangan ke atas Jun Hao termasuk menang 12-21, 21-17, 21-16 di Terbuka Australia pada Februari lalu.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong juga dalam kelas tersendiri apabila menyambar tiket suku akhir selepas menundukkan jaguh Taiwan, Chou Tien-chen dengan kemenangan straight-set 21-15, 21-16.

Semoga maju jaya buat Zii Jia.

Leave a Reply