eOperasi KPM Guru Login : Semakan dan Kemaskini Maklumat Online | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu Sistem eOperasi sebagai sebuah sistem pangkalan modul pengurusan guru yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dari KPM, dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Tujuan utama sistem ini dibangunkan adalah untuk memudahkan tugas perguruan secara atas talian (Online).
Baca ini: Cara dan Login Google Classroom ( GC ) Untuk Guru atau Pelajar
Cara login eoperasi KPM atau Daftar
Mana-mana guru baharu, anda perlu daftar terlebih dahulu di eoperasi.
Bagi cikgu/guru baharu anda perlu ikut langkah-langkah ini untuk daftar, bagi guru yang sudah berkhidmat lama anda boleh scroll ke bawah untuk langkah berikutnya.
- Sila layari web MOE untuk daftar e-Operasi di sini: https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
- Seterusnya isikan Nama anda
- Kemudian isikan No. Kad pengenalan tanpa (-). Contohnya, 950101065571
- Isikan No. Gaji
- Pastikan isi ID Pengguna yang akan digunakan *Simpan untuk login eOperasi KPM dan pastikan dalam 8 – 12 aksara sahaja.
- Pilih Kata Laluan lebih selamat buat Huruf besar,huruf kecil, nombor dan tanda seperti !@# dan lain-lain. Pastikan ingat. Seterusnya buat pengesahan kata laluan.
- Kemudian, masukkan Emel.
- Isikan Tarikh Lahir.
- Pilih dan jawab salah satu Soalan Keselamatan eOperasi KPM
- Masukkan Jawapan Soalan Keselamatan
- Tekan butang SIMPAN
- Sila semak proses pendaftaran eOperasi KPM ini dengan Pentadbir Sistem dan Selepas selesai semua urusan pendaftaran, barulah anda boleh login.
Login eOperasi KPM
Selepas selesai daftar, anda boleh login seperti biasa, ikuti langkah ini.
LOG MASUK
- Anda perlu layari laman web rasmi KPM klik disini: https://eoperasi.moe.gov.my
- klik Log Masuk
- Sila masukkan LoginID
- isikan Kata Laluan anda
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Seterusnya klik Log Masuk
- Jika semua betul anda akan masuk ke paparan muka E-operasi KPM.
eOperasi Password anda Lupa?
adakala kita terlupa password, anda boleh ikuti langkah di bawah ini.
- Masuk laman web eoperasi KPM klik disini : https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
- Kemudian isikan Nombor Kad Pengenalan anda
- Klik butang HANTAR
Untuk Keterangan Lanjut
Anda boleh membuat pertanyaan terus kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing melalui nombor telefon yang tertera pada butang ‘Bantuan’.
Selain itu anda boleh emailkan kepada : helpdesk_smg@moe.gov.my
Kesimpulan
Sistem yang dibina ini amatlah memudahkan dan berguna kepada setiap Guru di seluruh Malaysia. Semoga ianya bermanfaat dan anda dapat mengikuti langkah dengan mudah dan senang.