I-Sinar – Semak Status, Cara Permohonan, Jumlah Pembayaran baru mulai 8 Mac 2021

I-Sinar - Semak Status, Cara Permohonan, Jumlah Pembayaran baru mulai 8 Mac 2021

I-Sinar – Semak Status, Cara Permohonan, Jumlah Pembayaran baru mulai 8 Mac 2021 | I-Sinar ialah sistem dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) unutk pencarum membuat permohonan pengeluaran mahupun semakan online. Program ini dilaksanakan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutama penyimpan KWSP.

I-Sinar - Semak Status, Cara Permohonan, Jumlah Pembayaran baru mulai 8 Mac 2021

Untuk Makluman permohonan I-Sinar telah dilanjutkan dan dilonggarkan untuk membantu rakyat memohon dengan lebih mudah dan cepat, ini arahan dari kerajaan Malaysia.

I-Sinar - Semak Status, Cara Permohonan, Jumlah Pembayaran baru mulai 8 Mac 2021

“Bermula 8 Mac 2021 ini, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permoh0nan seperti jumlah dipoh0n, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online,” jelas KWSP lagi.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, iaitu:

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Baca ini:- Mas Kahwin Negeri Kelantan dan Wang Hantaran Berapa Ya?

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Namun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Untuk pemohon yang baru anda boleh layari  atau ikut tutorial pada gambar di bawah ini.

I-Sinar - Semak Status, Cara Permohonan, Jumlah Pembayaran baru mulai 8 Mac 2021

KWSP sangat prihatin kepada pencarumnya, untuk itu, gunalah duit dari pengeluaran i-sinar ini dapat digunakan secara berhemah dan baik.

1. Apa itu i-Sinar?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

2. Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?

  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    1. Masih aktif
    2. Milik anda
    3. Bukan akaun bersama
    4. Akaun bukan syarikat

Nota:

  1. Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  2. KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
3. Apakah penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria?
Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu:

  1. Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150
4. Bila saya boleh mula memohon i-Sinar tanpa kriteria ini?
Bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pemprosesan permohonan dan pembayaran i-Sinar, Ahli KWSP amat digalakkan untuk memohon bermula 8 Mac 2021.
5. Berapakah amaun kelayakan i-Sinar?
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:
Jadual i-sinar
6. Adakah bayaran interim sebanyak RM1000 masih dibayar?
Bayaran interim tidak lagi dibayar kerana permohonan akan diproses dengan kadar segera.
7. Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan?
Tidak perlu, berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria, permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan seperti di Soalan 1.
8. Adakah kriteria pengurangan pendapatan terpakai untuk permohonan i-Sinar tanpa kriteria?
Tidak. Kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohoan i-Sinar tanpa kriteria ini.
9. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan saya ‘Sedang Diproses’. Adakah saya perlu membuat permohonan semula?
Tidak. Anda tidak perlu membuat permohonan semula kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 1.
10. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan memerlukan saya untuk ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’. Adakah saya perlu memuat naik dokumen yang diperlukan?
Tidak. Anda tidak lagi perlu untuk mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 1.
11. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan saya ‘Tidak Berjaya’. Adakah saya perlu membuat permohonan semula?
Anda boleh memohon semula mulai 8 Mac 2021 berdasarkan kelayakan di Soalan 1.
12. Bagaimana saya boleh menyemak status terkini permohonan i-Sinar saya?
Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda;

  1. Melalui i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
  2. Melalui i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran.
13. Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?
Anda boleh menyemak status permohonan dan jangkaan tarikh bayaran akan diterima dengan melayari portal i-Sinar Online dari semasa ke semasa. Bayaran akan dibuat mengikut kaedah bayaran yang anda pilih semasa membuat permohonan iaitu;

  1. Pengkreditan Terus (DC) ke akaun bank; atau
  2. Arahan Bayaran (PO) yang perlu diambil di cawangan KWSP pilihan anda setiap kali menerima bayaran. PO ini hanya boleh ditunaikan di Bank RHB.
14. Bilakah tarikh akhir saya boleh memohon i-Sinar?
Tarikh akhir anda boleh memohon i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.
15. Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
16. Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?
Anda tidak perlu membayar semula. Semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun i-Sinar yang dikeluarkan. Setelah itu, caruman anda akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).
17. Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?
Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.
18. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan penjelasan lanjut atau mengemukakan pertanyaan berkaitan i-Sinar?
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.
19. Adakah Ahli KWSP yang beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran i-Sinar?
Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan ahli KWSP beragama Islam yang membuat pengeluaran kemudahan i-Sinar bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang, tidak diwajibkan membayar zakat ke atas pengeluaran yang dibuat.Namun begitu, ahli KWSP beragama Islam dinasihatkan untuk menunaikan kewajipan membayar zakat ke atas semua pengeluaran simpanan KWSP (termasuk i-Sinar) yang telah sempurna milik sekiranya tidak digunakan bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas diri sendiri serta tanggungan ataupun membayar hutang dan mencapai nisab.Memandangkan pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan ketidaktentuan ekonomi dan tahap kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh ahli boleh berubah dari masa ke masa, JKPS berpandangan adalah wajar untuk ahli KWSP menunggu sehingga haul sebelum membayar zakat.Ahli juga dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri berhubung pembayaran zakat simpanan KWSP.Nota:

  1. Simpanan sempurna milik merujuk kepada simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sekatan.
  2. Nisab merujuk kepada paras minimum sesuatu harta yang diwajibkan zakat yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas.
  3. Haul merujuk kepada haul zakat bagi ahli yang beragama Islam.

Contoh pengiraan zakat simpanan KWSP adalah seperti berikut:
Contoh 1: Ahli kehilangan pekerjaan sejak bermula pandemik COVID-19 yang menjejaskan perbelanjaan keperluan asas dan hutang sebanyak RM36,000.

Jadual i-sinar

Contoh 2: Ahli mengalami pengurangan pendapatan yang menjejaskan perbelanjaan keperluan asas sebanyak RM1,000 sebulan (RM12,000 setahun).

Jadual i-sinar

Nota:

* Contoh: Haul zakat dari bulan Ramadhan 1441H (April 2020) – Sya’ban 1442H (Mac 2021).

** Nisab Wilayah Persekutuan tahun 2021: RM20,299 (ahli perlu merujuk kadar nisab yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing).

Semoga bermanfaat dan membantu meringankan beban anda dengan jayanya mengeluarkan KWSP dengan memohon I-Sinar Online.

 

 

Leave a Reply