Atu Zero Rebah Selepas Solat Di Serang Strok, Doakan Beliau Kawan-kawan

Atu Zero Rebah Selepas Solat Di Serang Strok, Doakan Beliau Kawan-kawan

Pelakon dan pelawak Atu Zero, 29, rebah tiba-tiba selepas menunaikan solat Isyak sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam, semalam. Kita dilanda Haba yang meningkat suhunya, sila berhati-hati.

Atu Zero Rebah Selepas Solat Di Serang Strok, Doakan Beliau Kawan-kawan

Menurut isterinya Shafeeqa Johari, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif mengalami strok haba berikutan cuaca yang panas sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

“Saya ingatkan dia penat sangat disebabkan sehari suntuk menjalani penggambaran semalam. Selepas solat Isyak, dia terduduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah depan saya.

“Saya terus bergegas membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia terkena serangan strok haba. Menurut doktor, badannya kekurangan air disebabkan cuaca panas yang melanda sekarang.

“Doktor juga menyatakan strok haba berbahaya dan mampu membuatkan badan lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Malah, Atu pun ada juga mengadu tidak dapat merasa separuh tangannya sebelum ini,” katanya.

Menurut Shafeeqa, Atu diminta berehat sepenuhnya buat masa ini meskipun suaminya tidak keruan untuk kembali bekerja. Katanya, Atu mungkin dibenarkan pulang ke rumah hari ini sebaik keadaan kesihatannya mengizinkan.

“Doktor sudah memasukkan air sebanyak dua botol ke dalam badannya. Kemungkinan besar, hari ini juga dia akan dibenarkan keluar dari wad.

“Namun begitu, dia perlu berehat paling kurang tiga hari sebelum boleh bekerja semula. Atu memang sentiasa terfikir komitmen kerjanya yang tertangguh, namun buat masa ini dia kena lupakan seketika,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Atu bakal kembali menghangatkan program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) bermula Jumaat ini. Pelawak itu akan bergandingan dengan Fad Bocey dan Fakhrul UNIC dalam kumpulan digelar UNI.

Baca ini :- Mas Kahwin Negeri Kelantan dan Wang Hantaran Berapa Ya?

Cuaca semakin Panas, akan berlaku strok haba jika tidak berjaga-jaga

Srtok Haba

Antara gejala strok haba

• Badan letih dan lemah.

• Rasa pening atau sakit kepala.

• Rasa mual, loya dan muntah.

• Peluh keterlaluan atau tidak langsung berpeluh dalam cuaca terik atau suhu persekitaran tinggi.

• Kekejangan otot.

• Nadi menjadi laju dan dada akan ketat.

• Mengalami hipotensi atau tekanan darah rendah.

• Pitam atau pengsan.

• Tekak kering dan rasa dahaga keterlaluan.

• Jarang membuang air kecil atau warna urin gelap berbanding biasa.

Jika mengalami gejala di atas, lakukan tip di bawah dalam menangani strok haba

• Beralih ke kawasan lebih sejuk, berangin dan jauh daripada sinaran matahari.

• Longgarkan pakaian untuk memberi ruang supaya kulit boleh ‘bernafas’ dalam usaha menurunkan suhu badan ke paras normal.

• Turunkan suhu badan dengan mengelap muka atau badan menggunakan tuala lembap, mandi, berendam dalam air sejuk atau meletakkan pek sejuk di celah ketiak. Anda juga boleh duduk di bawah atau hadapan kipas.

• Minum air sejuk perlahan-lahan. Anda juga boleh kemam ketulan ais untuk menambah cecair dalam badan.

• Jika gejala masih belum pulih dan makin teruk, dapatkan rawatan di hospital atau pusat kesihatan berhampiran.

Sumber

Leave a Reply