MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
DASAR PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Dasar ini bertujuan memastikan setiap ibu bapa warganegara yang menetap di Malaysia yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun pada hari pertama tahun persekolahan semasa, mestilah mendaftarkannya di sekolah rendah. Di samping itu juga, ibu bapa perlu memastikan anak yang didaftarkan akan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan rendah.
OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan murid murid:
- Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
- Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pangantar sekolah.
- Memguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian.
- Menguasai kemahiran belajar.
- Menguasai kemahiran berfikir.
- Bertutur,membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukuannya
sebagai bahasa kedua.
- Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya.
- Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri.
- Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
- Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
- Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
- Menjaga kebersihan, kesihatan dan kecergasan diri.
- Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam.
- Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia.
- Membina semangat patriotisme.
- Mengembangkan bakat dan kreativiti.
- Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai-nilai dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal https://www.moe.gov.my/
Semoga perkongsian kali ini tentang pendidikan rendah di Malaysia dapat memberi kefahaman kepada anda dan semoga ianya bermanfaat. Jangan lupa berikan didikan yang baik.
Daftarlah Pendidikan Rendah.
Terbaik.
Ihsan : Kementerian Pelajaran Malaysia