Permohonan Skim Perantisan Nasional (SPN) KBS Bermula Gaji RM1,200

Permohonan Skim Perantisan Nasional (SPN) KBS Bermula Gaji RM1,200 dan ke Atas

Pengumuman penting:- Kepada belia-belia di Malaysia yang berumur 30 tahun ke bawah dan tidak punyai pekerjaan atau sedang mengganggur, berita menarik anda berpeluang untuk mendapat latihan dan pekerjaan yang baik serta diberi gaji melebihi RM1,200 melalui Skim Perantisan Nasional (SPN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Untuk pengetahuan semua, SPN adalah satu skim perantisan yang dilaksanakan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama kementerian-kementerian lain antaranya Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya bersama juga dengan agensi-agensi di bawah ketiga-tiga kementerian tersebut.

Skim ini yang berkonsepkan “place and train” bagi memberi jaminan pekerjaan melebihi 10,000 peluang yang disediakan kepada belia sebagai perantis di pelbagai syarikat dan organisasi yang terlibat.

Para belia yang berminat permohonan boleh dilakukan secara atas talian sahaja melalui http://perantisan.kbs.gov.my/

Permohonan Skim Perantisan Nasional (SPN) KBS Bermula Gaji RM1,200

OBJEKTIF SPN

Di kongsikan 3 objektif pelaksanaan SPN KBS dilaksanakan adalah untuk:

  • Menyediakan sistem sokongan dengan memberi pengalaman kepada belia.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dana dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skill dan on-job training.
  • Membantu mengurangkan kadar pengangguran belia.

ANTARA MANFAAT SPN?

Belia yang layak dan berjaya menyertai SPN ini bakal menerima 3 manfaat iaitu:

  • Menyertai latihan bagi meningkat kebolehpasaran
  • Peluang untuk diserap terus dalam pekerjaan
  • Memperoleh gaji sebanyak RM 1,200 ke atas

Syarat-syarat Permohonan

Kepada Belia yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan iaitu:

  • Belia tersebut mestilah warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 30 tahun sahaja.
  • Belia tersebut mestilah lepasan sekolah/graduan yang mengganggur/tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah.
  • Tidak diisytiharkan bankrap.
  • Belia tersebut sanggup mengikuti program secara sepenuh masa.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SPN KBS

Bagi membuat permohonan SPN, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Sila layari laman web http://perantisan.kbs.gov.my/.
  2. Seterusnya klik butang ‘Permohonan
  3. Sila isi maklumat diri dengan betul dan tepat, kemudian  klik butang seterusnya.
  4. Sila muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Akhir sekali klik butang ‘Hantar’. Permohonan anda telah didaftarkan.

Dokumen Diperlukan

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik ketika membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Gambar berukuran passport (jpeg, jpg dan png)
  • Resume yang terkini (doc dan pdf)

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertayaan mengenai semakan status SPN KBS, sila berhubung dengan Sekretariat SPN:

Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN)
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 11, Menara KBS
No 27 Persiaran Perdana, Presint 4
62570 Putrajaya

  • Talian 03-8871 3265 atau
  • Menghantar email ke spn@kbs.gov.my | suraya@kbs.gov.my.

Leave a Reply