Wei Chong-Kai Wun lakar sejarah sendiri, mara ke suku akhir. Pasangan muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke suku akhir buat kali pertama di Malaysia Masters selepas menundukkan pasangan Scotland, Alexander Dunn-Adam Hal pada pusingan kedua di Axiata Arena. , Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi. Hebatnya.
Gandingan No. 26 dunia itu terpaksa bekerja keras menentang serangan Dunn-Hall dalam perlawanan yang mengheret ke set penentuan sebelum menang 19-21, 21-16, 21-13.
Wei Chong ketika disambut pemberita berkata, dia amat gembira kerana berjaya mencapai kedudukan lapan terbaik buat kali pertama dalam kejohanan Super 500.
“Kami berasa gembira dan bersyukur, kami berterima kasih kepada kakitangan sokongan yang banyak membantu, kami juga teruja kerana ini kali pertama kami ke suku akhir.
“Semoga kami dapat melakukan yang terbaik esok. Perlawanan hari ini memberi keyakinan kepada kami kerana kebiasaannya kami berdepan 10 pemain terbaik dunia sudah pun di pusingan pertama,” katanya.
Pemain berusia 23 tahun itu, yang sebelum ini mengalami kecederaan buku lali di kaki kirinya, berkata tumpuan sepenuhnya diberikan kepadanya ketika berada di atas padang membantunya dan Kai Wun menang ke atas pasangan Scotland itu.
“Kami cuba melakukan yang terbaik kerana sudah lama tidak beraksi, jadi inilah peluang kami untuk menunjukkan kemampuan kami,” katanya.
Dalam pada itu, Kai Wun berkata, dia berhasrat mendapat tempat ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, justeru perbincangan dengan jurulatih untuk mengubah tahap permainannya sering diadakan bagi memperbaiki kelemahan.
“Selepas perbincangan, kami lebih yakin. Kami akan cuba melakukan yang terbaik kerana Malaysia Masters adalah salah satu pertandingan yang menawarkan mata untuk Sukan Olimpik,” jelas Kai Wun.
Jalan sukar menanti Wei Chong-Kai Wun di suku akhir esok, apabila berdepan bekas juara dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.
Tahniah Malaysia, Malaysia boleh!!
related post: Lee Zii Jia