๐๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ๐ถ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฏ๐๐ฟ๐ฎ๐ป โผ๏ธ
Ramai tertanya-tanya Dan keliru kenapa barang kemas tidak sesuai dibuat pelaburan. Baca sampai Habis Untuk keterangan lanjut.
Ada waktu, kita terlalu bersemangat untuk melabur dalam emas, tanpa asas ilmu emas. Ini amatlah merugikan. Apabila sudah terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa-apa.
Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya. Cumanya untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:
๐ญ. ๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐บ๐ฎ๐ต๐ฎ๐น
Harga barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan 999. Ini adalah biasa kerana adanya kos upah design emas perhiasan itu sendiri.
๐ฎ. ๐๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฟ ๐๐ฝ๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ถ
Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas. Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25 hingga 40% berbanding emas pelaburan 999 kurang dari 10%.
๐ฏ. ๐๐ผ๐ ๐๐ฝ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป๐ถ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐๐ถ
Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas. Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya, lagi mahal kos upah yang dikenakan. Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakala jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini. Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang mahal.
๐ฐ. ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐น๐ฎ๐บ๐ฏ๐ฎ๐
Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik! Tetapi jika harga emas turun, biasanya kedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu. Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.
Solusinya? Anda boleh mula menabung emas pelaburan 999 yang memiliki spread tiga kali lebih rendah, malah ada jaminan belian balik bagi emas jenama Public Gold. Pastikan pilih jenama yang diakui kukuh di dalam pasaran ya. Boleh google Untuk cari Maklumat yang berkaitan, insyaAllah terjawab.
Teruskan subscribe Untuk dapatkan update terkini Dari saripkay.com
#PublicGold
#PGG100Network