Siapa Sangka Lama Menyepi, Nekad Berhenti Menyanyi, Inilah Wajah Terkini Eisya Nurani Ramai Tak Sangka!

Siapa Sangka Lama Menyepi, Nekad Berhenti Menyanyi, Inilah Wajah Terkini Eisya Nurani Ramai Tak Sangka!

Siapa Sangka Lama Menyepi, Nekad Berhenti Menyanyi, Inilah Wajah Terkini Eisya Nurani Ramai Tak Sangka! |  Masih ingat dengan lagu Nurani yang pernah meniti di bibir peminat suatu ketika dahulu? Penyanyi tersebut adalah Eisya atau lebih dikenali sebagai Eisya Nurani kini dikatakan sudah berhenti dari bidang nyanyian.

Keputusan ini dibuat bagi menumpukan sepenuhnya kepada keluarga dan anak – anak setelah berpisah dengan suami pada dua tahun lepas.

Malah menurut Eisya atau nama sebenarnya Khairul Bariah, beliau juga berasa sedih akibat kehilangan bapa tercinta kerana selepas berpisah dengan bekas suami, bapa beliau lah tempat untuk menumpang kasih disamping ibu dan anak-anak.

Pernah sepanjang 100 hari bapanya meninggal dunia, Eisya akan melawat pusaranya setiap hari.

Namun, selepas memikirkan masa depan anak-anak, Eisya tampil kuat dengan mengusahakan perniagaan arwah bapanya bersama ibu tercinta. Ujar Eisya yang kini lebih selesa untuk berniqab.

Gambar terkini Eisya di petik dari IG beliau kasiheisya_nurani.

 

 

Eisya ‘tutup buku’.

Lagu berjudul Nurani daripada album pertama yang diterbitkan pada 1997 memperkenalkan nama Eisya Ahmad kepada peminat.

Eisya atau nama sebenarnya Khairul Bariyah, 42, kemudian menyiapkan album kedua berjudul Firasat pada 2000, namun malangnya syarikat rakamannya, Ambang Klasik menutup operasinya.

“Saya baru merancang nak buat promosi ketika itu tapi apabila jadi begitu, perancangan itu tergendala. Namun lagu saya sempat juga diputarkan di stesen radio.

“Saya juga baru selesai berlakon filem Syukur 21 yang jadi sebutan ramai kerana pembikinannya yang gah waktu itu.

“Kemudian pada 2002 saya berkahwin dan bercadang berehat sekejap kerana mengandung. Bagaimanapun, tak sangka saya akhirnya berehat terus daripada nyanyian,” katanya.

Eisya yang kini bergelar ibu tunggal kepada tiga anak iaitu Kasih Muhammad Haikal, 16, Kasih Muhammad Faris, 11, dan Kasih Ayesha Yasmin, 6, apabila membuat keputusan bercerai pada 2015.

“Selepas bercerai saya kembali kepada keluarga dan kembali diuruskan bapa. Saya memang rapat dengan bapa dan dikenali sebagai ‘anak abah’.

“Saya berjaya siapkan dua single dan mula menyanyi dalam pelbagai program. Pernah juga ditawarkan terbabit untuk Gegar Vaganza tapi saya rasa belum bersedia,” katanya.

Tahun 2016 membawa cerita berbeza buat Eisya apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah dengan bapanya pada Februari.

Dia turut sama membawa anak bongsunya, Kasih Ayesha Yasmin.

“Segala-galanya berjalan lancar di sana. Kami kemudian pulang ke Malaysia dan selepas 44 hari pulang, abah meninggalkan kami sekeluarga akibat serangan jantung pada 14 April.

“Sebenarnya arwah abah sudah menunjukkan pelbagai tanda sebelum dia pergi tinggalkan kami tapi saya tak perasan.

“Antaranya dia pesan kepada saya sekiranya dia sudah tiada, tak payahlah saya menyanyi lagi kerana dia akan susah ‘di bawah’ nanti.

“Mudahnya saya kena pencen menyanyi kerana abah kata, dia yang bawa saya menyanyi dan menaikkan nama saya. Jadi apabila dia tiada, janganlah menyanyi lagi,” katanya.

Eisya pada mulanya menyangka bapanya bergurau, namun apabila bapanya meninggal dunia, pesanan itu kembali terngiang-ngiang di telinganya.

“Saya nekad berhenti nyanyi dan tiada perasaan untuk menyanyi di khalayak. Setakat menyanyi di rumah bersama anak biasalah.

“Tapi tiada seorang pun di antara mereka yang nampak nak ikut jejak saya. Sebenarnya selepas bercerai, saya tak rasa saya seorang ibu tunggal kerana rasa diri anak abah.

“Apabila dia tiada, barulah perasaan ini timbul. Saya ibu tunggal dan orang datang berkunjung ke rumah emak hantar itu ini dan timbul rasa segan. Akhirnya saya buat keputusan memakai purdah,” katanya.

Sumber: hmetro.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Scroll to Top