Terkini- PRU15: Petugas SPR meninggal dunia di pusat mengundi | Dikhabarkan seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya meninggal Dunia, baca artikel penuh di bawah.
KLANG – Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia dalam kejadian di pusat mengundi Sekolah ACS Methodist Jalan Raya Barat di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan itu dipercayai tidak sedarkan diri atas sebuah kereta buggy semasa bertugas di lokasi pusat mengundi tersebut.
“Polis menerima makluman berkaitan kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari berkaitan mangsa berumur 45 tahun itu.
“Mangsa didapati tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menggunakan ambulans,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia. “Siasatan awal daripada keterangan isteri mangsa menyatakan bahawa mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung,” katanya.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia.
“Siasatan awal daripada keterangan isteri mangsa menyatakan bahawa mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung,” katanya.
“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.
Sumber: sinat harian